Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Andy King akan berpindah keluar dari Leicester City untuk sertai Huddersfield Town

Published

on

Pemain berusia 31 tahun ini semakin hampir untuk menyertai kelab Championship, Huddersfield Town secara pinjaman sehingga hujung musim.

Dia merupakan antara pemain paling lama di kelab, telah bersama Leicester sejak menyertai akademi pada 2004.

Namun dia tidak pernah memulakan perlawanan sejak 2017 dan terpaksa mencurah keringat sepanjang dua musim lepas di Swansea City, Derby County, dan Glasgow Rangers secara kontrak pinjaman.

Advertisement

Kontraknya akan tamat pada hujung musim ini, dan dia tidak berpeluang beraksi buat kali terakhir untuk Leicester City andai dia sah menyertai the Terriers.

King sudah membuat 379 penampilan senior bersama the Foxes dan telah bersama-sama memenangi kejuaraan League One (2008/09), Championship (2013/14), dan Premier League (2015/16).

Dia juga merupakan pemain tengah paling banyak menjaringkan gol untuk kelab, iaitu sebanyak 62 gol.

Pemain antarabangsa Wales akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Leicester, Danny Simpson dan bekas pemain akademi kelab, Richard Stearmann di Huddersfield.

Advertisement

Stearmann menyertai Huddersfield secara percuma dari Sheffield United. Huddersfield juga memperkuatkan bahagian tengah mereka dengan meminjam pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe sehingga hujung musim ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply