Anthony Taylor diminta tidak lagi mengendalikan perlawanan Liverpool.

Anthony Taylor
Ketua pengadil diminta untuk tidak melantik Anthony Taylor bagi mengendalikan perlawanan melibatkan Liverpool.

Anthony Taylor merupakan pegawai perlawanan yang bertanggungjawab dalam mengadili pertemuan Liverpool menentang Wolves, hujung minggu lalu, yang menyaksikan pasukan Klopp mencatatkan kemenangan kontroversi.

Kemenangan Liverpool terpalit dengan keputusan pengadil perlawanan di mana terdapat dua keputusan VAR yang dikatakan penuh kontroversi.

Ekoran keputusan pengadil yang dilihat gagal berfungsi dengan baik, legenda Liverpool, John Aldridge menyeru Professional Game Match Official Limited (PGMOL) untuk menghentikan Anthony Taylor daripada mengadili perlawanan melibatkan Reds.

John William Aldridge, 61 tahun pernah bersama Liverpool dari 1987–1989

Taylor telah mengendalikan ataupun mengadili tujuh perlawanan Liverpool sejak awal musim lalu, dengan pasukan Jurgen Klopp memenangi semua perlawanan kecuali satu perlawanan iaitu kekalahan 2-1 musim lalu kepada Manchester City.

Manakala bagi musim ini, Taylor telah mengadili empat perlawanan Liverpool dengan yang terakhir adalah ketika pasukan Klopp menentang Wolves.

Pengadil FIFA ini mengendalikan perlawanan yang menyaksikan Reds menang 1-0 dilaman sendiri ke atas Wolves pada hari Ahad, yang dicemari oleh dua panggilan VAR yang kontroversi.

Sadio Mane menjaringkan gol pembukaan untuk Liverpool pada minit ke-42, tetapi ia segera dinafikan oleh pengadil Anthony Taylor kerana bola dikatakan terkena tangan Adam Lallana dalam build-up gol tersebut.

Walau bagaimanapun, VAR telah meluluskan gol selepas menilai insiden itu dimana bola hanya singgah di bahu Lallana dan gol Liverpool itu dibenarkan untuk mendahului 1-0.

Virgil van Dijk mungkin menggunakan tangannya terlebih dahulu sebelum gol Pedro Neto dibatalkan kerana offside.

Walaupun kedua-dua keputusan itu memihak kepada Liverpool, Aldridge, yang memenangi Divisyen Pertama bersama Reds pada 1988, jelas tidak gembira dengan Taylor.

Dalam kolumnya untuk Liverpool Echo, bekas penyerang itu menunjuk fakta Taylor dari Wythenshawe, Manchester, dan membangkitkan beberapa insiden termasuk kegagalan untuk mengusir (melayangkan kad merad dan membuang padang) Vincent Kompany, yang membuktikan dia tidak sesuai untuk mengadili perlawanan melibatkan kelab Merseyside.

“Saya tidak faham mengapa Anthony Taylor terus diberi perlawanan Liverpool untuk mengadili,” kata Aldridge di Liverpool Echo.

Pertama, saya tidak fikir dia seorang pegawai berkaliber dan juga sesuatu yang patut dipersoalkan sama ada dia mempunyai standard yang cukup tinggi untuk mengadili perlawanan Liga Perdana.

Taylor sangat jarang memberi kita sebarang keputusan besar dan ada banyak contoh.

Beberapa peminat mengatakan dia berat sebelah terhadap kami tetapi dia tidak sepatutnya berada dalam kedudukan di mana orang akan mempertikaikan keputusan yang dibuatnya.”

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment