Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Antoine Griezmann lancarkan pasukan eSports baru bernama ‘GRIZIESPORTS’ bersama adiknya, Theo

Published

on

Mereka memang dikenali sebagai peminat permainan video dan mahu mencari 20 orang pemain untuk mewakili pasukannya.

Juara Piala Dunia 2018 ini mengumumkan pasukan permainan videonya yang bernama Grizi Esport yang menggunakan penguin sebagai logo pasukannya di dalam akaun Twitternya.

Logo pasukan eSport Antoine dan Theo Griezmann

Griezmann dan adiknya Theo mahu merekrut 20 orang pemain untuk mewakili pasukan mereka untuk bertanding dalam lima jenis permainan video iaitu FIFA, Rainbow Six Siege, Counter-Strike, League of Legends dan Fortnite.

Antoine bersama adiknya, Theo Griezmann

Theo, yang akan menguruskan pasukan ini memberiahu Le Parisian: “Kami perlu meneliti 1,500 calon selepas kurang dari 10 minit selepas video tersebut dilancarkan.”

Sasaran mereka adalah untuk bersaing di Poitiers Gamers Assembly pada April nanti, satu pertandingan di mana banyak pasukan handalan eSports di dunia akan mengambil bahagian.

Advertisement

“Kami memang melabur dalam pengembaraan ini. Kami memang suka permainan video.” kata Theo.

Penyerang Perancis dan Barcelona ini pernah mempamerkan minatnya terhadap permainan video melalui gaya meraikan jaringan gol Fortnitenya.

Dia juga seorang pemain tegar Football Manager dan pernah berkongsi pasukan Arsenalnya tahun 2023 di dalam media sosial.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply