Applikasi WhatsApp hadapi masalah.

Applikasi permesejan ini gagal menghantar fail media seperti gambar.

WhatsApp Messenger merupakan antara salah satu applikasi perkhidmatan permesejan paling popular yang digunakan pengguna di seluruh dunia.

Namun ianya dilihat menghadapi sedikit masalah teknikal dikalangan sejumlah pengguna.

Pengguna melaporkan menghadapi masalah untuk menghantar fail media, seperti gambar, audio dan sebagainya.

Selain kegagalan untuk menghantar gambar kepada pengguna yang lain, applikasi ini turut menghadapi masalah ketika mengemaskini Status WhatsApp.

Ia membabitkan perkhidmatan penghantaran foto, video, GIF, ‘stickers’ dan rakaman audio.

Gangguan dikatakan berlaku sejak petang tadi.

Selain Malaysia, media antarabangsa melaporkan masalah berkenaan berlaku di sebahagian negara Asia dan Amerika Selatan serta Eropah.

Bagaimanapun aplikasi tersebut sudah kembali berfungsi seperti biasa sejak kira-kira jam 9:30 malam

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment