“Arsenal akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan Gabriel Martinelli” – Ian Wright

Martinelli, Brazil
Gabriel Martinelli

Pemain legenda Arsenal, Ian Wright berpendapat bahawa bekas kelabnya akan menghadapi cabaran untuk mengekalkan Gabriel Martinelli di kelab selepas memberikan beberapa aksi yang memberangsangkan musim ini.

Gabriel Martinelli hanyalah seorang pemain remaja yang kurang dikenali ketika tiba di London dari Brazil pada awal musim panas lepas.

Namun dia memastikan dirinya bersedia untuk mencipta cerita sensasi semasa beraksi untuk Arsenal musim ini, dan telah terbukti setakat ini setelah menjaringkan sembilan gol dalam 20 penampilan pertamanya bersama the Gunners.

Gol terkininya dijaringkan ketika beraksi dalam perlawanan Premier League hujung minggu lepas menentang Sheffield United di Stadium Emirates.

Arsenal hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan tersebut, namun tenaga gerakan badan, dan kesungguhan pemain ini dapat dilihat sepanjang perlawanan.

Gabriel Martinelli (kiri) meraikan jaringannya menentang Sheffield United bersama Nicolas Pepe

Ketika bercakap dengan Radio 5 Live: “Apabila anda lihat kesungguhan dirinya. Saya sudah pernah menghubunginya menerusi pesanan teks, dan anda boleh lihat dia hanya melakukan yang terbaik.

“Dia sangat ‘lapar’. Saya fikir hanya Jadon Sancho yang menjaringkan lebih banyak gol melebihinya [di kalangan pemain remaja] dalam lima liga teratas Eropah. Dia seorang yang mempunyai sesuatu di dalam dirinya.

“Kami bertuah kerana dapat memilikinya dan jika dia dapat terus meningkatkan permainannya, maka agak sukar untuk kelab mengekalkannya.

“Jika mereka mempunyai peluang, dia akan bergerak masuk ke dalam kotak, dia akan menjaringkan gol demi gol, dan inilah yang sepatutnya kami tumpukan dengan Arsenal, mencipta lebih banyak peluang dan menjaringkan banyak gol.”

Be the first to comment