Arsenal berminat dapatkan pertahanan Watford.

Empat pasukan Liga Perdana dilaporkan berminat terhadap pertahanan Watford.

Arsenal dan Manchester United merupakan dua daripada empat kelab Liga Perdana Inggeris yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan Watford, Christian Kabasele.

The Hornets menghadapi permulaan yang sukar dan kini begelut dalam usaha mereka menyelamatkan diri dari zon penyingkiran tetapi Kabasele telah mempamerkan aksi yang cemerlang dan menjadi salah seorang pemain pertahanan mereka yang berjaya menarik perhatian kelab lain.

Kedudukan terkini carta liga.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 28 tahun itu dikatakan bersetuju untuk menandatangani penyambungan kontrak semasa beliau yang tamat pada 2021, untuk mengikatnya bersama kelab Vicarage Road sehingga 2024.

Tetapi dakwaan Le10 Sport menyatakan bahawa perkara itu tidak akan menghalang pesaing Liga Perdana yang ingin bertindak untuk mendapatkan Kabasele kerana mereka sedang memantau perkembangannya di jendela perpindahan Januari.

Arsenal dan United kedua-duanya dinamakan sebagai pesaing berpotensi, begitu juga dengan West Ham dan Newcastle, yang berminat untuk memperkuatkan pasukan mereka.

Nilai pasaran semasa Kabasele dianggarkan € 8 juta.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment