Connect with us

Arsenal

Arsenal berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Paris Saint-Germain

Published

on

Arsenal mahu mendapatkan pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG) bagi sebagai alternatif mengatasi masalah kecederaan di bahagian tersebut.

Nama pemain yang disebut itu adalah Layvin Kurzawa, di mana kontraknya bersama kelab Perancis tersebut akan tamat pada hujung musim ini.

Pemain berusia 27 tahun ini mungkin akan keluar pada jendela perpindahan pemain Januari ini, dan Arsenal dikkabarkan sangat berminat untuk mendapatkannya sebagai pemain sandaran di bahagian pertahanan sementara menanti Kieran Tierney kembali pulih dan cergas dari kecederaan bahunya.

Advertisement

Layvin menyertai PSG pada musim 2015/16 dari AS Monaco dan sudah membuat lebih 100+ penampilan dalam semua kejohanan.

Dia kurang mendapat peluang bermain pada musim ini kerana dia dijadikan pilihan kedua di belakang Juan Bernat di posisi bek kiri. Kurzawa hanya membuat 14 penampilan untuk PSG setakat ini.

The Gunners sedang mengusahakan untuk menyelesaikan sekurangnya dua perpindahan masuk pemain secara kontrak pinjaman pada bulan ini, dan posisi pertahanan dan tengah lebih diberikan perhatian.

Selain Kurzawa, Arsenal juga mahu mendapatkan pemain tengah Brazil, Bruno Guimaraes dari Atletico Paranaense namun perlu mengatasi saingan daripada Benfica.

Advertisement

Pemain antarabangsa Scotland, Tierney telah menunjukkan perkembangan sesi pemulihan kecederaannya di dalam akaun Instagramnya, namun penyokong the Gunners masih menunggu sekurangnya lagi dua bulan sebelum dia disahkan cergas dan kembali ke skuad.

Ketua jurulatih kelab, Mikel Arteta sememangnya mahu mendapatkan pemain pertahanan baru secepat mungkin, dan telah meletakkan nama Samuel Umtiti (pertahanan tengah Barcelona) dan Jerome Boateng (pertahanan tengah Bayern Munich) di dalam senarai pemain yang dimahukannya.

Namun, Bayern Munich sudah menegaskan bahawa Boateng tidak akan meninggalkan kelab pada Januari ini.

Siapakah pemain pertahanan baru yang akan dibawa masuk oleh Arteta nanti? Kita tunggu dan lihat.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply