Arsenal cuba dapatkan Cedric Soares pula!

Mikel Arteta mahu Arsenal selesaikan urusan perpindahan pemain pertahanan Southampton tersebut sebelum jendela perpindahan Januari ini ditutup.

Arsenal dan Southampton dilaporkan sudah bersetuju dengan tawaran pinjaman pemain Portugal itu dengan yuran pinjaman sekitar £5 juta.

Soares dijangka akan sertai the Gunners sehingga hujung musim ini dan akan menjadi ejen bebas selepas kontraknya bersama the Saints tamat pada musim panas akan datang.

Arteta mahu memperbaiki tahap pertahanan kelab selepas hanya berjaya mencatat empat clean sheet dari 24 perlawanan liga setakat ini.

EMPAT PERLAWANAN PL CLEAN SHEET ARSENAL

  • 11 Ogos 2019: Menang 1-0 lawan Newcastle United (A)
  • 6 Oktober 2019: Menang 1-0 lawan Bournemouth (H)
  • 21 Disember 2019: Seri 0-0 lawan Everton (A)
  • 1 Januari 2020: Menang 2-0 lawan Manchester United (H)

Soares merupakan antara pemain yang sering disenaraikan dalam kesebelasan utama kelab oleh Ralph Hasenhuttl, membantu kelabnya untuk bangkit sejak Disember lepas dan panjat keluar dari zon penyingkiran.

Namun penglibatannya bersama skuad utama terhenti apabila mengalami kecederaan lutut ketika menang ke atas Crystal Palace pada awal bulan ini.

Sehingga perlawanan lawan Crystal Palace, Soares telah membuat 19 penampilan dalam semua kejohanan untuk the Saints musim ini.

Secara keseluruhan, dia telah membuat 138 penampilan dalam semua kejohanan, menjaringkan tiga gol dan membuat 11 assists sejak sertai dari Sporting Lisbon pada Julai 2015.

Pemain berusia 28 tahun tersebut telah menyertai Inter Milan secara pinjaman pada Januari lalu dengan pilihan untuk membeli pada penghujung musim, namun Inter membuat keputusan untuk tidak membelinya.

Kyle Walker-Peters sertai Southampton

Southampton pula telah mengesahkan ketibaan Kyle Walker-Peters dari Tottenham secara pinjaman sehingga hujung musim 2019/20 sebagai gantian kepada Cedric Soares dan untuk memberi saingan kepada Yan Valery.

Be the first to comment