Arsenal dalam kerja-kerja perpindahan pantas.

Tiba di lapangan terbang, pemain tiba untuk perubatan, semua ‘panas’ untuk The Gunners.

Sebelum ini, kami membawakan berita mengenai Arsenal dalam rundingan untuk menandatangani Pablo Mari.

Globo Esporte, media sukan utama Brazil telah mendedahkan berita itu dan mereka berkata bahawa The Gunners sedang berbincang dengan Flamengo untuk pertahanan tengah.

Bukan itu sahaja, Arsenal dikatakan telah membuat tawran dan ada peluang yang baik untuk melengkapkan perpindahan tersebut.

Satu-satunya perkara yang dianggap menjadi halangan perpindahan itu kesuntukan masa dalam melengkapkan perpindahan tersebut dengan Liga Perdana Inggeris hanya mempunyai kira-kira empat ke lima hari sahaja lagi untuk menyerahkan dokumen-dokumen perjanjian.

*Jendela perpindahan Januari 2020 untuk kelab Liga Perdana dibuka pada hari Rabu 1 Januari dan akan ditutup pada jam 23:00 GMT pada hari Jumaat 31 Januari 2020.

*Kelab yang menyelesaikan tawaran lewat pada Deadline Day, 31 Januari, akan dapat menyerahkan Dokumen Tawaran/Perpindahan antara 21: 00-23: 00 GMT.

Sehubungan itu, Edu perlu menyelesaikan dengan segera urusan tersebut.

Pengarah Teknikal Arsenal sudah berada di Brazil dan beberapa jam selepas laporan awal dia digambarkan bersama Mari di lapangan terbang, sebelum penerbangan ke London (via Colunadofla).

Edu dan Mari dilihat berada dilapangan terbang untuk penerbangan ke London.

Wartawan Brazil, Renan Moura berkata, Mari tiba hari ini di England untuk menjalani rawatan perubatan/kesihatan dan menyerahkan butiran lanjut mengenai perpindahannya ke kelab Arsenal.

Tangkap layar Twitter Moura.

Moura juga mempunyai tangkapan layar Mari memberitahu rakan, melalui WhatsApp, bahawa dia akan berpindah.

“Malam tadi, Pablo Marí memberitahu salah seorang kawannya mengenai keputusannya untuk meninggalkan kelab dan akan berpindah ke Arsenal, England.

“Rundingan itu sangat cepat. Hanya tinggal pengumuman rasmi.

“Edu Gaspar, pengarah teknikal kelab, berada di Brazil untuk membawanya ke Eropah #FutGloboCBN “

Whatsapp Mari memberitahu rakannya mengenai perpindahan beliau ke Arsenal

13 jam yang lalu, Mari bersama Edu dilaporkan telah tiba lapangan terbang Heathrow.

Kini, hanya tinggal pengumuman rasmi Arsenal mengenai pemain terbaru ditandatangani pada era Mikel Arteta bertanggungjawab.

Dan adakah ini bermakna khidmat Mustafi bakal ditamatkan (dilepaskan)?

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment