Connect with us

Arsenal

Arsenal dan Umtiti kisah cinta yang tidak kesampaian.

Published

on

Arsenal dan Samuel Umtiti sering kali dikaitkan pada jendela perpindahan.

Ini semua terjadi kerana Arsenal memiliki barisan pertahanan yang bermasalah dan membawa kepada khabar angin mengaitkan pemain ini dengan Arsenal sejak begitu lama.

Dalam perkembangan terkini, Umtiti sekali lagi dikaitkan dengan Arsenal pada jendela perpindahan Januari.

Lebih hangat apabila Umtiti dilaporkan menonton perlawanan Arsenal menewaskan Manchester United tempoh hari, sebagaimana dilaporkan oleh Daily Mail.

Advertisement

Dan perkembangan ini membawa kepada Sport untuk membawa laporan mereka mengenai pertahanan tengah ini.

Ia mengatakan bahawa pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan The Gunners dalam beberapa bulan terkini.

Dan Arsenal pula ingin mencari pemain pertahanan baharu dengan pemain antarabangsa Perancis itu sentiasa menjadi calon yang disebut-sebut.

Sport mengatakan ‘Arsenal adalah salah satu kelab yang selalu berada di belakang untuk menandatangani pemain Barcelona’.

Jendela perpindahan musim sejuk baru sahaja membuka tirainya, namun laporan itu menjelaskan bahawa tiada hubungan dilakukan antara juara La Liga bersama pihak Mikel Arteta untuk melaksanakan perpindahan Umtiti.

Umtiti telah kehilangan tempatnya di Camp Nou dan Sport menambah pemain itu boleh meninggalkan kelab Sepanyol itu sebelum berakhirnya kontrak semasa beliau yang akan tamat pada tahun 2023.

Advertisement

Mundo Deportivo juga mempunyai laporan pendek mengenai pemain itu dan mereka mendakwa Umtiti merupakan pemain ‘yang disukai’ Arsenal sebelum dia menyertai Barcelona dari Lyon pada tahun 2016.

Capture 7

Mereka yang berada di Barca yakin bahawa hanya kelab Liga Perdana Inggeris sahaja yang boleh memenuhi tuntutan gaji Umtiti.

Umtiti mampu beraksi pada pertahanan tengah dan juga pertahanan kiri yang menguatkan lagi spekulasi perpindahan ini selepas beberapa siri kecederaan pemain pertahanan Arsenal.

Spekulasi ini mungkin akan terjawab sekiranya Umtiti tidak kelihatan bersama Barcelona pada perlawanan minggu depan (10 Januari, menentang Atletico Madrid).

Dan ianya akan mengesahkan kisah cinta Arsenal dan Umtiti yang sering diperkatakan selama ini.

Advertisement