Arsenal dapatkan kembali Sandro Orlandelli.

Sandro Orlandelli
The Gunners tandatangani semula scout, Sandro Orlandelli dari Manchester United.

Orlandelli telah bersama Arsenal pada era Arsene Wenger hampir sedekad dan meninggalkan The Gunners lapan tahun yang lalu.

Arsenal dilaporkan membawa ‘pulang’ Sandro Orlandelli ke Emirates dari Manchester United.

Seperti yang dilaporkan oleh The Mirror, Orlandelli telah kembali ke Emirates yang mana sebelum ini pernah bekerja bersama The Gunners antara 2002 dan 2012 sebagai Ketua Pencarian Bakat (scout) di Amerika Selatan.

Ketika bersama Arsenal di bawah pengurus Arsene Wenger, beliau telah membantu membawa pemain seperti Denilson, Carlos Vela, Wellington Silva dan Emiliano Martinez ke Emirates.

Beliau meninggalkan Arsenal lapan tahun lalu dan menyertai Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) sebelum berpindah ke Manchetser United pada 2016 yang ketika itu Jose Mourinho bertanggungjawab terhadap The Red Devils.

Latar belakang Orlandelli

Scout Arsenal yang berpangkalan di Sao Paulo itu mula bekerja bersama The Gunners sebelum menamatkan pengajian di University of Sao Paulo dalam bidang Fisiologi Latihan.

Beliau dibawa masuk ke Arsenal pada tahun 2002 dan menghabiskan sepuluh tahun sebagai Ketua Pencarian Bakat Arsenal di Amerika Selatan sebelum meninggalkan kelab pada Mei 2012.

Orlandelli menjadi Pengarah Bolasepak di kelab Paranaense Athletic dan turut bersama Santos dalam peranan yang sama.

Beliau menjadi Ketua Pencarian Bakat dan Pelatih Bolasepak (Football Coach) untuk Konfederasi Bolasepak Brazil pada tahun 2015 tetapi hanya memegang peranan tersebut untuk tempoh setahun sahaja.

Manchester United adalah destinasi seterusnya buat beliau apabila menyertai kelab tersebut pada Julai 2016 dan sejak itu beliau telah menghabiskan lebih dari tiga tahun bersama The Red Devils sebagai Pasukan Pertama Pencarian Bakat (First Team Scout).

Tinggalkan United dan rundingan bersama Arsenal

Orlandelli dikatakan tidak selesa bekerja bersama Mourinho apabila pada bulan November lalu beliau telah mengeluarkan kritikan terhadap bekas bos United itu yang kini menjadi ketua jurulatih Tottenham.

Jose Mourinho spent so little time at Manchester United to do a job worthy of such a big club

— kata Orlandelli pada persidangan World Scouting Congress.

Tidak diketahui sama ada komen-komen ini menyebabkan peranan beliau bersama United berakhir, tetapi wartawan Brazil, Marcus Alves, melalui Mirror Football telah melaporkan bahawa pengarah sukan Arsenal, Edu, adalah individu yang bertanggungjawab menandatangani Orlandelli dan membawanya pulang ke Emirates.

Orlandelli mengesahkan keberangkatannya dari United dalam tampalan statusnya di Instagram dengan menyatakan:

Pada 31hb Disember 2019, hari terakhir saya bekerja untuk Manchester United.

Saya sangat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk bekerja dengan mereka yang begitu tinggi tahap profesionalnya di kelab seperti itu.

“Terima kasih banyak-banyak untuk semuanya.”

Laporan itu menunjukkan bahawa Edu, yang menyertai semula Arsenal sebagai pengarah teknikal pada musim panas lepas, membuat keputusan untuk membawa Orlandelli kembali ke Emirates.

Semoga beliau mampu membawa bintang-bintang muda berbakat ke Arsenal.

#COYG

2013 dan 2015, Orlandelli berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal di Santos
Orlandelli bekerja untuk Persekutuan Bolasepak Brazil antara Mac 2015 dan Julai 2016
About MyGooners 867 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment