
Rumors perpindahan Arsenal terus meningkat dengan pemain pertahanan menjadi sasaran.
Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan kiri Olympiakos, Kostantinos Tsimikas.
Tindakan tersebut dikatakan berpunca daripada masalah kecederaan pemain pertahanan yang menyaksikan ketiga-tiga pemain pertahanan tidak mampu digunakan Arteta.
Selepas gagal untuk menggunakan pertahan muda yang baru dibawa masuk musim ini, Kieran Tierney, Arteta juga terpaksa melupakan khidmat Sead Kolasinac selepas pemain tersebut turut mengalami kecederaan.
Tambah parah, Calum Chambers juga dilaporkan mengalami kecederaan untuk tempoh panjang.
Ini menyebabkan Arteta dikatakan mahu mencari seorang full-back baharu bagi mengukuhkan barisan pertahanan The Gunners.
Pun begitu, Arsenal dilaporkan berminat untuk membawa masuk pertahanan kiri baharu sebelum akhir bulan ini dan menumpukan perhatian kepada Tsimikas.

Correire dello Sport mendakwa Napoli mahukan pemain berusia 23 tahun itu sebagai pengganti untuk Faouzi Ghoulam, yang dijangka akan meninggalkan kelab Itali itu dalam tempoh dua minggu akan datang.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Algeria (Faouzi Ghoulam) itu perlu keluar terlebih dahulu sebelum Napoli mampu membawa masuk Tsimikas.
Laporan media Itali itu turut mendakwa bahawa Arsenal telah muncul sebagai pesaing disaat akhir untuk mendapatkan Tsimikas.
Dan Arsenal dikatakan berpotensi dalam menandatangani Tsimikas memandangkan Napoli masih belum berjaya menyingkirkan Ghoulam.
Malah, ia percaya bahawa ‘ketibaan’ pihak Arteta untuk cuba menandatangai pemain tersebut telah membuatkan pihak Olympiakos menaikkan harga permain tersebut dan ini sangat menyakitkan hati Napoli.

Sementara itu, Arsenal juga dikatakan telah mencapai persetujuan bersama pemain pertahanan PSG, Layvin Kurzawa namun hanya mampu menggunakan khidmatnya musim depan.

TransferMarkt menganggarkan nilai pasaran semasa Kostantinos Tsimikas adalah pada £ 3.8 juta.