Arsenal mahukan seorang lagi ‘Gabriel Martinelli’.

Bruno Guimarães
Arsenal dan Chelsea antara kelab berminat terhadap pemain muda Brazil.

Malah turut dilaporkan kelab pemain itu sanggup berunding pada bulan ini.

Pasukan Brazil, Athletico Paranaense akan memulakan musim ini dengan diselubungi keraguan mengenai masa depan bintang mereka.

Pemain tengah, Bruno Guimaraes mungkin akan meninggalkan kelab itu pada bulan ini, walaupun ia masih sukar untuk meneka siapa yang akan memiliki pemain itu.

Bruno Guimarães, 22 tahun.

Laman web Globo Esporte membawa cerita mengenai kisah pemain ini dan menyenaraikan destinasi yang mungkin buat Bruno Guimaraes seperti Arsenal, Atletico Madrid, Benfica, Chelsea dan Flamengo.

Walaupun laman itu mendakwa Athletico Paranense sedia melakukan aktiviti penjualan pada jendela perpindahan Januari, namun sesuatu yang menarik mengenai laporan itu adalah mereka mengatakan kelab Inggeris lebih mendapat keutamaan berbanding kelab lain.

Atletico Madrid mempunyai kelebihan ekoran pembelian Renan Lodi tahun lalu dan boleh membayar €30 juta untuk Bruno Guimaraes .

Lodi, bekas pemain Athletico Paranaense menandatangani kontrak enam tahun bersama Atletico Madrid pada 7 Julai 2019.

Tetapi isu pembayaran gaji kelab Sepanyol itu terlalu besar ditanggung mereka ketika ini untuk melakukan pembelian baharu.

Dan sekiranya mereka membuat pembelian bulan ini, mereka lebih memilih pemain penyerang dan bukannya pemain tengah.

Perkara yang sama juga berlaku kepada Benfica, yang baru saja menghabiskan €20 juta ketika menandatangan Julian Weigl dan tidak mungkin mereka akan menandatangani pemain tengah lain pada Januari.

Benfica mengesahkan pembelian pemain Dortmund, Weigl dengan nilai perpindahan € 20 juta pada 31 Disember 2019.

Dan Flamengo bukanlah pilihan pasukan yang kuat, memandangkan Bruno Guimaraes dan Athletico lebih cenderung memihak kepada Eropah.

Globo Esporte tidak banyak mengulas mengenai Arsenal dan Chelsea, kecuali mendakwa bahawa minat Blues telah lama terhadap pemain itu, semenjak mereka dikenakan penggantung / larangan perpindahan.

Dan ini merupakan jendela perpindahan pertama yang mereka dapat lakukan dalam percubaan untuk menandatangani pemain itu.

Jadi, kedua-dua pihak London kelihatan seperti kelab yang tidak mempunyai apa-apa halangan yang mampu menghalang ataupun menyekat mereka daripada cuba mendapatkan pemain Brazil ini pada bulan ini.

Pun begitu, kedua-dua kelab Inggeris ini berdepan masalah yang sama mengenai permit kerja untuk Guimaraes bermain di England.

Kita telah melihatnya sebelum ini dengan ramai pemain Arsenal dari luar Eropah terpaksa dipinjamkan sebelum berjaya mendapatkan permit kerja.

Manakala kes Gabriel Martinelli sedikit berbeza kerana beliau memiliki kepada pasport Itali.

Namun Guimaraes yang menerima panggilan untuk menyertai skuad U23 Brazil baru-baru ini mungkin dapat membantu sedikit dalam memudahkan beliau memperolehi permit kerja di England

Guimaraes mempunyai kontrak bersama Athletico sehingga 2023 dan beraksi pada bahagian tengah (midfielder – central midfield).

Adakah Edu berjaya sekali lagi membawa ‘Gabriel Martinelli’ ke Arsenal?

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment