Arsenal perlu pantas untuk ‘dapatkan barang percuma’.

Isaac Lihadji
The Gunners perlu segera bertindak untuk menandatangani penyerang muda Marseille.

Minggu ini Marseille telah mengumumkan dimana mereka telah menarik balik tawaran kontrak yang dibuat kepada Isaac Lihadji.

Pemain berusia 17 tahun merupakan pemain muda yang sedang meningkat naik dan mungkin pemain muda terbaik yang dimiliki hasil daripada pembangunan akademi mereka.

Walaupun melalui proses ‘kenaikan pangkat’ secara mendadak, namun penyerang muda itu jelas tidak mempunyai kesabaran dalam keinginan untuk mengembangkan karier bolasepaknya ke peringkat lebih tinggi.

Lihadji dan ejennya telah melengahkan masa ketika rundingan dalam menandatangani kontrak baharu yang menyebabkan proses tersebut berlanjutan selama berbulan-bulan.

Marseille tidak mampu lagi untuk bersabar dan pada masa yang sama menghantar isyarat jelas mengenai masa depan pemain tersebut bersama mereka, dengan tidak meneruskan rundingan pembaharuan kontrak.

Arsenal adalah salah satu kelab yang dikreditkan dengan minat yang tinggi dalam menandatangani pemain itu dan disebut lagi dalam edisi Khamis, L’Equipe.

Kelab Perancis itu (Marseille) telah membuat beberapa tawaran yang lebih baik kepada ejen pemain, dan pada akhirnya memenuhi segala tuntutan yang dibuat.

Namun perkara tersebut kemudiannya berubah dengan Lihadji yang pernah beraksi pada Piala Dunia U17, mendapat perhatian kelab-kelab lain yang cuba menggodanya.

Arsenal, Borussia Mönchengladbach, Borussia Dortmund, RB Leipzig, Sevilla dan Benfica semuanya telah berusaha untuk menandatanganinya.

Laporan L’Equipe

Pun begitu, kelab Perancis masih boleh menukar pendirian mereka sekiranya berubah hati, dengan pengurus Andre Villas Boas menyukai pemain itu.

Mereka masih sempat membuat ‘u-turn’ mengenai penarikan tawaran yang dibuat kepada Lihadji.

Andre Villas Boas pengurus Marseille.

Sekiranya Arsenal ingin mendapatkan Lihadji sekarang, maka mereka perlu pantas bertindak, dengan L’Equipe menyatakan Lille dan Dortmund memimpin dalam perlumbaan untuk mendapatkan pemain ini.

Berbeza dengan laporan yang dikeluarkan La Provence yang mengatakan bahawa Arsenal adalah calon utama berpontensi menandatangani pemain muda Perancis itu.

About MyGooners 867 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment