Connect with us

Arsenal

Arsenal sedia lepaskan Xhaka, namun mahukan pengganti.

Published

on

The Gunners sedia melepaskan Granit Xhaka kepada kelab Jerman namun mahukan pengganti terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan tawaran mereka.

Arsenal mempunyai dua dakwaan perpindahan dengan pertama adalah mahukan pengganti dan keduanya adalah menerima bayaran perpindahan berjumlah € 30 juta.

Walaupun Mikel Arteta menegaskan bahawa beliau begitu meminati Granit Xhaka, namun khabar angin mengenai masa depan pemain tengah itu tidak pernah berhenti.

Pemain antarabangsa Switzerland itu mempunyai musim yang sangat ‘menyakitkan’ di Arsenal semenjak dinamakan sebagai kapten pasukan di bawah Unai Emery.

Dan jawatan itu kemudiannya dilucutkan oleh pengurus yang sama selepas konfrontasi Xhaka dengan penyokong The Gunners.

Arteta telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan keadaan, namun terdapat laporan yang berulang-ulang dimainkan dari media Swiss dengan mengatakan bahawa pihak Xhaka sedang mempertimbangkan untuk keluar dari Arsenal bulan ini.

Advertisement

Tekini, Bild mempunyai kemas kini mengenai kisah perpindahan Xhaka.

Laporan Bild pada 8.1.2020

Pada petang Rabu, mereka melaporkan bahawa The Gunners meminta bayaran sebanyak €30 juta untuk melepaskan Xhaka.

Hertha Berlin, kelab yang paling berminat dilaporkan sedang berunding mengenai nilai perpindahan dengan mereka mengharapkan dapat melengkapkan pembelian Xhaka pada nilai sekitar €25 juta.

Walau bagaimanapun, ia menyatakan bahawa walaupun perjanjian sebanyak €30 juta dipersetujui dan dicapai, Arsenal masih mempunyai satu lagi syarat dimana mereka mahu membawa pengganti terlebih dahulu sebelum melepaskan Xhaka.

Bild percaya bahawa pengganti itu mungkin Adrien Rabiot, dan mereka melaporkan, berdasarkan maklumat mereka sendiri, wakil Xhaka begitu bersungguh-sungguh untuk melakukan perpindahan kerana Xhaka sendiri ‘benar-benar mahu berpindah ke Berlin’.

Advertisement

Mampukah Arteta dan pemain-pemain Arsenal yang lain memujuk Xhaka?