Arsenal serius dapatkan Merih Demiral.

Merih Demiral
Dakwaan Arsenal boleh membuat bidaan sebanyak € 50 juta untuk pemain pertahanan Juventus.

Fotomac mendakwa pertahanan Juventus, Merih Demiral telah menarik perhatian beberapa kelab besar di Eropah, termasuk Arsenal.

Demiral dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan tuntutan sebelumnya mengaitkan Manchester United yang begitu berminat mendapatkan khidmat pemain Turki ini.

Jika media Itali menyebut kelab besar yang berminat terhadap Demiral seperti Manchester United, Manchester City, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Leicester City serta kelab Itali, AC Milan.

Media Turki ini turut hampir menamakan kelab yang sama cuma ditambah dengan beberapa kelab dari Sepanyol dan Jerman.

Menurut Fotomac, Arsenal, AC Milan, Atletico Madrid dan Schalke semua bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu, namun minat yang paling serius datangnya dari The Gunners.

Keutamaan Mikel Arteta pada jendela perpindahan ini adalah untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan barisan pertahanannya.

Dan dakwaan Fotomac, Demiral adalah pilihan utama Arteta pada masa ini.

Akhbar Turki itu mengatakan Arsenal boleh membuat tawaran sekitar € 50 juta untuk bekas pemain akademi Fenerbahce, tetapi Juventus bertekad untuk mengekalkan Demiral bersama mereka.

Situasi dan perkembangan Demiral bersama pasukan Serie A itu semakin baik sejak beberapa minggu kebelakangan ini, apabila membuat empat penampilan penuh (90 minit) dalam perlawanan terkini Juventus.

Walaupun berjaya mengetepikan Matthijs de Ligt untuk empat perlawanan terakhir Juventus, namun ianya dipercayai dimana tindakan tersebut adalah untuk memujuk pemain itu supaya terus gembira dan kekal bersama The Old Lady.

Bagaimanapun, Demiral masih boleh mencari kelab baharu di mana beliau mampu menjadi pemain utama yang sentiasa bermula dalam kesebelasan utama (yang terjamin) dan Arsenal mungkin dapat memberikannya peluang itu.

Masa depan Merih Demiral bersama Juventus menjadi tanda tanya.
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment