Arsenal tak mahu lepaskan Gary O’Driscoll ke Liverpool

Gary O'Driscoll

Liverpool mahu memujuk ketua perubatan Arsenal, Gary O’Driscoll untuk menyertai mereka bagi menggantikan Andrew Massey.

Ketua Perubatan Liverpool, Andrew Massey akan meninggalkan jawatannya di kelab tersebut untuk memegang jawatan yang serupa bersama FIFA bermula pada 1 Mac 2020 nanti.

Maka, bermulalah pencarian bagi mencari pengganti sesuai mengisi kekosongan tersebut. Ianya penting bagi memastikan tahap kualiti perubatan Liverpool kekal di tahap yang sama atau lebih selepas pemergian Massey.

Salah seorang calon ‘panas’ yang telah dikenal pasti adalah Gary O’Driscoll, yang kini memegang jawatan Ketua Sains Perubatan di Arsenal.

Dia dikenali sebagai salah seorang ahli perubatan yang terbaik di dalam bidangnya dan Arsenal mahu mengekalkannya di Emirates.

Mungkin agak sukar untuk menghalangnya dari menyertai juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah dan calon juara Premier League musim ini, walaupun Driscoll sudah bersama Arsenal sejak 2009.

Arsenal pula telah menyingkiran beberapa ahli senior bahagian perubatan kelab setelah Arsene Wenger meninggalkan kelab pada Mei 2018.

Dan situasi dalaman kelab tidak beberapa bagus sehingga memberi kesan terhadap keputusan perlawanan di atas padang semasa zaman pengurusan Unai Emery.

Berikutan dari siri keputusan perlawanan yang teruk, pengurus Sepanyol tersebut telah dipecat pada tahun lepas, dan digantikan sementara waktu oleh Freddie Ljungberg dan kemudian Mikel Arteta.

Dengan usaha Ljungberg untuk memulihkan keharmonian kelab dalam dan luar padang, dan kemudian diteruskan oleh Arteta, Arsenal kini sedang dalam proses pemulihan yang positif dan ini diharap dapat meyakinkan Driscoll untuk kekal di kelab.

Selain Arsenal, Driscoll pernah menjadi doktor pasukan bersama British Lions dan skuad ragbi Ireland.

Be the first to comment