Connect with us

Arsenal

Arteta dan Arsenal dikatakan cuba memanipulasi Xhaka.

Published

on

Pendedahan media Jerman mengenai situasi Xhaka bersama Arsenal ketika ini.

Mikel Arteta secara terbuka memuji Granit Xhaka selepas pengendali Arsenal itu mendedahkan dia cuba menandatangani pemain tengah itu untuk Manchester City.

Walau bagaimanapun, secara peribadi, Arteta dilaporkan telah memberitahu pemain berusia 27 tahun itu bahawa dia boleh meninggalkan kelab selepas musim ini berakhir.

Ini telah menimbulkan kemarahan pemain antarabangsa Switzerland itu.

Ejen Xhaka mengakui kliennya mempunyai persetujuan awal bersama Hertha Berlin, tetapi juga menegaskan bahawa kedua-dua kelab mesti mencapai persetujuan terlebih dahulu bagi menrealisasikan perpindahan itu.

Pada 27 Disember, Bild melaporkan bahawa The Gunners sedang ‘bermain’ dengan pemain antarabangsa Switzerland dan Hertha untuk ‘menaikkan’ yuran pemindahan.

Arteta telah mengulangi hasratnya untuk mengekalkan Xhaka dan Sport1 merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh Bild.

Mereka mengatakan ‘motif tersembunyi’ pengendali Arsenal dan kelab London itu adalah untuk ‘membawa’ harga yang lebih tinggi bagi melepaskan pemain itu kepada kelab Jerman.

Advertisement

Ini menjelaskan langkah perpindahan Xhaka ke kelab Jerman itu ‘masih satu kemungkin’, tetapi pihak Jurgen Klinsmann mungkin menghadapi masalah.

Arsenal menuntut lebih daripada € 30 juta untuk pemain kelahiran Basel, yang mana jumlah tersebut tidak mampu dipenuhi oleh kelab Bundesliga itu.

Ini mungkin menjadi halangan bagi perpindahan berpotensi, walaupun Xhaka mahu berpindah ke Hertha Berlin.

Dalam beberapa hari akan datang, dipercayai akan ada kesimpulan mengenai sama ada perpindahan tersebut akan berlaku ataupun tidak.

Advertisement