Connect with us

Arsenal

Arteta tidak rela kehilangan Xhaka dan Aubameyang.

Published

on

Arteta mahukan rakan sepasukan beri sokongan kepada Xhaka.

Granit Xhaka dikaitkan dengan perpindahan pada jendela Januari, namun Arteta menegaskan bahawa beliau melihat pemain antarabangsa Switzerland itu sebagai anggota utama skuadnya.

Xhaka yang dilucutkan lilitan kapten oleh pengurus sebelum ini, Unai Emery selepas bertelagah dengan peminat yang mengejeknya dan dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman ke kelab Jerman, Hertha Berlin.

Namun perkara tersebut tidak dipersetujui Arteta yang masih menagih khidmat pemain berusia 27 tahun itu.

Advertisement

Bagi menghalangnya, Arteta berkata dia turut memerlukan kerjasama daripada barisan pemainnya supaya Xhaka mengubah fikirannya.

Saya telah bercakap dengannya dan saya mahu memahami perasaannya,” kata jurulatih ketua Arsenal, Mikel Arteta.

Itu langkah pertama, dan alasan mengapa dia berfikir [untuk berpindah] ia mungkin bukan tempat yang tepat untuk meneruskan kerjayanya.

Saya memberikan pandangan saya, perspektif saya, dan saya memberitahunya bahawa saya bersedia untuk menyokongnya dari perspektif kelab.

Advertisement

Dan saya mahu rakan sepasukannya untuk membantu beliau mengubah fikirannya. Kita memerlukannya.

“Saya percaya jika kita mampu melakukannya, para peminat akan bertindak balas dengan cara yang positif.

Saya telah melihat dia bertindak setiap hari, bagaimana dia berlatih dan bagaimana dia menjalani kehidupannya sebagai pemain serta kualiti yang ada padanya.

Saya fikir dia boleh menjadi pemain yang sangat penting untuk kelab.

Advertisement

Dari perspektif saya, saya tidak mahu dia pergi.

Saya berkata tidak kepada kelab dan saya berkata tidak kepadanya!

Selepas apa yang saya jelaskan dan lakukan, saya tidak dapat mengawal apa yang berlaku kemudian hari.

Arteta juga ditanya mengenai Pierre-Emerick Aubameyang, dan beliau mempunyai mesej yang jelas mengenai masa depan kapten The Gunners ini.

Advertisement

Aubameyang akan kekal bersama kelab walaupun spekulasi hangat yang mengatakan dia mahu berpindah.

Timbul laporan yang menyatakan pemain berusia 30 tahun itu bergelut untuk memberikan komitmen terhadap kontraknya yang berbaki 18 bulan di Emirates selepas kegagalan Arsenal layak beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara.

Arsenal ketika ini ketinggalan sembilan mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea.

Aubameyang yang memakai lilitan kapten ketika Arsenal merakam kemenangan 2-0 ke atas Manchester United, semalam memberitahu penyiar radio Perancis, RMC dia ‘100 peratus di sini’ tanpa menambah sama ada dia akan melanjutkan kontraknya atau tidak.

Advertisement

Arteta begitupun meluahkan keyakinannya ketika sidang media dengan menyatakan bekas penyerang Borussia Dortmund itu sebagai penting dalam rancangannya.

Saya tidak pernah berfikir kemungkinan (berpindah) itu dengan Auba,” kata Arteta.

Saya mahukannya di sini.

Advertisement