Auba kekal, tidak kemana-mana.

Pierre Emerick Aubameyang
Penyerang sensasi The Gunners tegaskan beliau tidak akan meninggalkan kelab pada Januari ini.

Pierre-Emerick Aubameyang sebelum ini dilaporkan tidak lagi gembira bersama Arsenal dan perkembangan itu membawa kepada khabar angin mengatakan beliau akan berpindah pada Januari ini (bulan ini).

Real Madrid dikatakan destinasi yang mungkin buat penyerang Gabon itu seandainya meninggalkan Emirates.

Pun begitu, dalam perkembangan terkini, belau berkata bahawa dia tidak akan meninggalkan Arsenal (untuk sekurang-kurangnya Januari ini) walaupun media Inggeris begitu kuat melaporkan kisah perpindahan beliau.

Kontrak semasa Aubameyang bersama Arsenal hanya akan berakhir Jun 2021 dan Arsenal perlu memperbaharui kontraknya seandainya masih berminat untuk mengekalkan beliau untuk jangka panjang.

Sebelum ini juga dilaporkan bahawa Aubameyang telah menghentikan rundingan pembaharuan kontrak bersama Arsenal dan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan prestasi pasukan termasuklah dengan pengendali kelab ketika itu, Unai Emery.

Bagaimanapun, sekiranya ianya tidak berlaku (gagal dalam pembaharuan kontrak), Arsenal sudah pasti bersedia melepaskan beliau pada penghujung musim ini daripada kehilangan secara percuma pada penghujung musim depan (musim 2020/2021).

Ini kerana Aubameyang boleh berunding dengan mana-mana pasukan sekiranya tidak memperbaharui kontrak pada Januari 2021 nanti (tahun terakhir kontrak bersama Arsenal).

Bercakap kepada RMC selepas perlawanan menentang Manchester United, Aubameyang berkata, “Media Inggeris suka bercakap banyak. Buat masa sekarang, saya di sini. Saya 100% di sini.

Namun perkataan ‘buat masa sekarang‘ yang diungkapkan beliau itu juga boleh menjelaskan kemungkinan hanya untuk musim ini sahaja dan bukan untuk sepanjang baki kontrak.

Malah beliau juga tidak menyatakan perasaan gembiranya berada bersama Arsenal ketika ini, apabila menjawab soalan tersebut.

Musim depan, mungkin perkara lain yang akan terjadi.

Pun begitu, sekurang-kurangnya, kita tidak perlu gusar mengenai kekurangan pemain berbakat pada jentera serangan untuk menghabiskan musim ini, sebelum Arteta mendapatkan pemain baharu.

Petikan Laporan RMC, 2 Januari 2019.

Sebelum ini, Matt Law dari Daily Telegraph melaporakan dimana Aubameyang ingin meninggalkan Emirates pada akhir kempen musim ini kerana dia mempunyai impian untuk bermain di Liga Juara-Juara sekali lagi.

Walaupun Arsenal tampil dengan cemerlang dalam kemenangan 2-0 ke atas Red Devils, namun dengan kedudukan yang masih belum terjamin untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, ianya mungkin menjejaskan perancangan Aubamenyang.

Dan perkara itu mungkin akan membawa kepada perpindahan beliau musim depan (sekiranya Arsenal gagal layak – beraksi di Liga Juara-Juara).

Arsenal ketika ini berada ditangga ke-10 liga dengan perebutan tempat keempat liga masih terbuka (slot ke Liga Juara-Juara), pun begitu ianya juga dilihat sesuatu yang sukar, namun ianya juga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

Kedudukan Terkini Liga

Sekiranya gagal layak untuk menyertai kelab elit Eropah musim depan melalui slot automatik (menamatkan saingan liga musim ini dikalangan empat teratas), Arsenal sekurang-kurangnya perlu memenangi Liga Europa kali ini bagi mengesahkan tempat untuk saingan elit eropah itu musim depan.

Dan melihatkan persembahan ketika ini, tidak mustahil Arsenal mampu melakukannya walaupun sukar.

Serta sudah pasti Arteta tidak rela melepaskan Aubameyang sebagaimana beliau enggan melepaskan Xhaka.

Lebih-lebih lagi Aubameyang merupakan penjaring terbanyak pasukan ketika ini dengan 13 gol (kesemua pertandingan).

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Barcelona tetap berminat terhadap Aubamenyang - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners