Laporte antara pemain pertahanan terbaik dunia.

Aymeric Laporte, pemain pertahanan kelahiran Perancis yang menyertai Manchester City pada 2018 dengan nilai perpindahan mencecah £57 juta.

Pep Guardiola memuji Aymeric Laporte, 25 tahun sebagai salah seorang pemain pertahanan tengah kiri terbaik dunia selepas dia kembali ke skuad ketika lawan Sheffield United awal pagi tadi.

City ketinggalan 13 mata dari cabaran kejuaraan liga sejak Laporte berehat panjang akibat kecederaan lutut.

Namun dia disertakan di dalam senarai skuad ketika menentang the Blades awal pagi tadi, dan membantu pasukannya menang 1-0.

Sergio Aguero menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan ini pada separuh masa kedua.

Skuad bimbingan Guardiola hanya berjaya mencatat dua clean sheet dari 12 perlawanan terakhir mereka.

Sheffield hanya berjaya membuat satu percubaan tepat ke arah gol sepanjang 90 minit di Bramall Lane, dan boleh dilihat bagaimana pengaruh Laporte dalam perlawanan ini, berbeza semasa mereka seri 2-2 menentang Crystal Palace pada Sabtu lepas.

Pengurus Man City itu mengakui pasukannya merindui kelibat pemain pertahanan terbaik mereka, dan mendedahkan betapa tingginya penilaian kualiti terhadap dirinya.

“Dia merupakan pemain pertahanan tengah kiri terbaik di dunia apabila dia cergas sepenuhnya.

“Bayangkan pasukan terbaik di dunia kehilangan pemain pertahanan tengah terbaik mereka.

“Kami sangat merinduinya.

“Dia seorang pemain yang istimewa dengan kaki kirinya, dia juga kuat perebutan bola di udara.

“Kami tahu dia tidak boleh bermain 90 minit, kami sudah memberitahu untuk bersedia sebelum perlawanan, tetapi Eric (Garcia) juga seorang pemain yang bagus juga.

Eric Garcia

“Saya lega dia dapat bermain 65-70 minit, dan langkah pertamanya itu sudah bagus, dan berharap dia boleh membantu kami sehingga hujung musim ini.

“Dia sangat penting dengan cara permainan kami, dengan karekter dan mentalitinya juga.

“Dia mempunyai kesemua ciri-ciri itu.”

Aymeric Laporte

Be the first to comment