Barcelona tetap berminat terhadap Aubamenyang

Barcelona tetap berminat terhadap bintang Arsenal namun mahu mengelakkan ‘perang’, yang mungkin menyebabkan ‘angka tidak munasabah’.

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang tetap menjadi sasaran Barcelona, ​​namun gergasi Sepanyol itu tidak mahu mencetuskan ataupun memberi tekanan terhadap The Gunners dalam mendapatkan tandatangan penyerang Gabon itu.

Malah mereka juga tidak mahu mencetuskan perang yang mungkin merugikan mereka, dalam usaha mendapatkan tandatangan Aubameyang.

Aubameyang berada dalam prestasi terbaik dan mengagumkan musim ini apabila meledakkan 15 gol dalam 25 perlawanan bagi semua pertandingan, walaupun kempen mengecewakan The Gunners setakat ini.

Persembahan menarik Aubameyang itu menyebabkan dirinya mendapat perhatian beberapa kelab Eropah dan mula dikaitkan dengan perpindahan berikutan kenyataan beliau yang mahu beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kegagalan Arsenal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara mempengaruhi keputusan Aubameyang dalam menyambung kontrak.

Malah rundingan pembaharuan kontraknya bersama The Gunners juga masih tidak menemui penyelesaian yang mana kontrak semasanya akan berakhir pada Jun 2021.

El Desmarque, media Sepanyol membawa perkembangan terkini mengenai penyerang sensasi Arsenal ini dan mereka percaya bahawa Aubameyang merupakan sasaran realistik Barcelona.

Malah keengganan Aubameyang menandatangani pembaharuan kontrak menyebabkan mereka percaya penyerang itu mempunyai keinginan untuk meninggalkan Emirates.

Ia dilaporkan bahawa Aubameyang telah memberitahu ejennya untuk menghentikan semua rundingan setelah mengetahui minat dari Barcelona.

Barca percaya profilnya sangat ‘sesuai dengan sempurna’ dengan skuad mereka sekarang dan sedang berusaha untuk menandatanganinya tetapi menyedari bahawa pemain seperti itu pasti akan ‘mengundang perang’.

Mereka menyedari bahawa bintang Arsenal ini turut mendapat perhatian seteru utama mereka, Real Madrid dan pihak Aubameyang juga dikatakan telah bercakap dengan pihak Los Blancos.

Arteta tidak mahu kehilangan Aubameyang musim ini.

Oleh itu, Barca mahu mengelakkan daripada terjadinya perang bidaan yang boleh menyebabkan harga perpindahan menjadi sesuatu yang tidak munasabah.

Tiga hari lalu, kami melaporkan dimana Aubameyang membuat pengakuan di mana beliau tidak akan berpindah dan kekal bersama Arsenal.

Arteta pula mahukan pemain ini bersama Xhaka kekal bersama Arsenal bagi membantu beliau mengembalikan kegemilangan dan prestasi terbaik pasukan dalam menamatkan saingan musim ini ditempat terbaik, sekurang-kurangnya layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment