Connect with us

Barcelona

Barcelona yakin Setien mampu pulihkan mereka.

Published

on

Quique Setien dilantik menjadi pengurus baharu Barcelona menggantikan Ernesto Valverde yang dipecat.

Pengendali baharu Barcelona, Quique Setien memulakan sesi pertamanya selaku jurulatih kelab awal pagi tadi dengan Ernesto Valverde yang dipecat meninggalkan pusat latihan untuk kali terakhir.

Ernesto Valverde meninggalkan pusat latihan Barca.

Valverde mengucapkan selamat tinggal kepada semua pemain, mengambil barangan miliknya dan meninggalkan kawasan tersebut selepas mengharungi beberapa hari yang teruk, yang akhirnya menyaksikan dirinya dipecat pada malam Isnin lalu.

Barca memutuskan untuk melantik Setien selepas usaha mereka untuk mendapatkan Xavi Hernandez berakhir dengan kegagalan.

Gergasi Sepanyol itu mengesahkan pelantikan Setien selepas mesyuarat majlis berlanjutan selama lebih empat jam di Camp Nou pada petang Isnin.

Advertisement

Dan difahamkan kontrak pengendali baharu itu akan berakhir sehingga 2022 walaupun terdapat klausa pelepasan pada 2021, yang membenarkan perubahan selepas pemilihan presiden kelab itu.

Setien memulakan sesi pertamanya selaku jurulatih Barca.

Barcelona berkedudukan teratas La Liga, namun mempunyai mata yang sama dengan Real Madrid dan akan berdepan Napoli bulan depan dalam saingan Liga Juara-Juara pada peringkat 16 terakhir.

Kedudukan Terkini La Liga

Secara normal anda akan mengambil alih pasukan sedang bermasalah tetapi Valverde meninggalkan kami dengan pasukan di tangga teratas,” kata Setien pada sidang akhbar pertamanya awal pagi tadi.

Tugas dilakukannya adalah sesuatu yang perlu disyukuri.”

Selepas melihat pendekatan Valverde lebih ke arah fungsi, Barca percaya falsafah Setien akan lebih menyerlah seiring dengan DNA mereka.

Saya adalah seorang individu dengan pandangan yang jelas. Saya ada idea yang jelas,” kata Setien.

Advertisement

Saya akan mendengar setiap orang tetapi saya orang pertama akan mempertahankan apa yang saya percaya.

Jika kami perlu mati dengan idea kami, kami akan mati bersamanya kerana Barca perlu mengikut jalannya.”

Quique Setien

Perlawanan pertama yang akan ditempoh Setien adalah pada Ahad ini menentang Granada, diikuti menentang Ibiza tiga hari kemudian ditempat lawan.

Info Ringkas Quique Setien

Enrique Setien Solar, 61, merupakan bekas pemain bolasepak profesional dan bekas pemain kebangsaan Sepanyol yang beraksi pada posisi tengah (central midfielder).

Menerima nama jolokan El Maestro, beliau mula terkenal ketika mewakili Racing de Santander dan menamatkan karier profesionalnya selama 19 tahun dengan mengumpulkan jumlah penampilan La Liga sebanyak 374 perlawanan dan 58 gol selama 15 musim.

Advertisement

Beliau bersara selaku pemain pada musim terakhirnya bersama Lavente (1996) dan pada awal tahun 2000, Setien memulakan karier pengurusannya apabila melatih Racing.

Dan beliau merupakan pengendali Betis (2017-19) sebelum dilantik menjadi pengendali Barcelona.

Rekod penampilan selaku pemain
Tahun Pasukan
Penampilan
Jaringan
1977–1985 Racing Santander 204 43
1985–1988 Atlético Madrid 73 7
1988–1992 Logroñés 114 20
1992–1996 Racing Santander 124 25
1996 Levante 3 0
Jumlah 518 95
Pasukan Kebangsaan
1978–1982 Spain U21 2 0
1985–1986 Spain 3 0
Pengurus pasukan
2001–2002 Racing Santander
2003 Poli Ejido
2006 Equatorial Guinea
2007–2008 Logroñés
2009–2015 Lugo
2015–2017 Las Palmas
2017–2019 Betis
2019 – kini Barcelona