Besiktas bakal terima 1.5 juta atas penjualan Elneny.

Pemain pinjaman dari Arsenal, Mohamed Elneny mungkin akan dijual pada jendela perpindahan ini.

Dan sekiranya ianya berlaku, kelab Turki itu akan menerima 10 peratus daripada hasil penjualan Elneny.

Mengikut laporan Fotospor, Besiktas akan ‘berputih mata’ walaupun menerima bayaran saguhati jika pemain pinjaman dari Arsenal itu, Mohamed Elneny meninggalkan kelab pada jendela perpindahan bulan ini.

Laporan sebelum ini mengatakan Besiktas berminat untuk mengekalkan Elneny sehingga penghujung musim ini, walaupun terdapat khabar angin kuat mengatakan pemain tengah kebangsaan Mesir itu akan berpindah ke Itali.

Petikan laporan Fotospor.

Minggu lalu ayah Elneny bercakap kepada media Mesir dan mendakwa anaknya sedang berunding dengan AC Milan.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut dengan segera dinafikan oleh pengarah sukan Besiktas, Ali Naibi, yang menyatakan bahawa pemain berusia 27 tahun itu akan tinggal bersama pasukan Super Lig sehingga akhir musim ini.

Bagaimanapun, menurut Fotospor, Elneny masih boleh meninggalkan kelab itu dan pengurus Besiktas, Abdullah Avci sedang berusaha untuk menandatangani pemain tengah baharu sekiranya perkara ini berlaku.

Di samping itu, dilaporan itu juga mengatakan Besiktas akan menerima 10% daripada hasil penjualan sekiranya Arsenal menjual Elneny bulan ini.

Pihak Turki juga mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman ini menjadi perpindahan kekal, tetapi ia tidak mungkin terjadi kerana keadaan kewangan mereka.

Bekas pemain Basel telah menjadi pemain utama pasukan Abdullah Avci musim ini, membuat 18 penampilan dalam semua pertandingan.

Laporan itu juga mengatakan Arsenal sedia menjual Elneny kepada AC Milan dengan nilai sebanyak 15 juta euro.

Dan ayah Elneny mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan bahawa anaknya mahu bermain dalam pasukan yang lebih besar dan dia telah bertemu dengan Milan.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment