Brazil dan Itali berebut untuk pemain Arsenal.

Pemain tengah Chelsea turut sertai perbincangan mengenai Martinelli.

Laporan media Brazil, Globo Esporte dua hari lalu membawa cerita menarik mengenai masa depan Gabriel Martinelli dalam bolasepak antarabangsa.

Ini berikutan perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 ketika Arsenal menentang Chelsea minggu lalu apabila pemain tengah Blues, Jorginho telah menghantar mesej mengenai bermain untuk Itali.

Martinelli cemerlang ketika perlawanan menentang Chelsea dengan menjaringkan gol penyamaan yang menarik.

“Kami bersama di sana pada Mac, kami sedang menunggu anda di sana,” kata Jorginho, yang dilahirkan di Brazil, tetapi bermain untuk negara Eropah, Itali.

Gabriel Martinelli mempunyai pasport Itali dan perkara itu menyebabkan mengapa beliau mudah mendapatkan permit kerja untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

“Dia benar-benar telah melakukan perkara yang luar biasa,” kata Jorginho.

“Dia sangat cemerlang… Dia mempunyai merit bahawa dia sudah bersedia ketika peluang itu tiba.

“Dia cemerlang, dia layak dan saya berharap dia boleh membantu pasukan Itali. ”

Globo Esporte melaporkan bahawa pihak Itali telah memanggil penyerang Arsenal ini untuk bermain mewakili skuad U19 mereka pada bulan September, tetapi Martinelli menolak pelawaan tersebut, mendakwa dia terlalu sibuk dengan The Gunners.

Bagaimanapun, apabila dipanggil oleh Brazil untuk bermain mewakili skuad U23 mereka pada bulan November, Martinelli tidak menolak tawaran tersebut dan menyertai pasukan itu serta bermain selama 90 minit.

Difahamkan bahawa pengurus Brazil,Tite bersama barisan jurulatihnya telah menyaksikan perlawanan di Stamford Bridge pada hari Rabu lalu, begitu juga dengan para pegawai dari pasukan kebangsaan Itali.

Pengurus pasukan kebangsaan Brazil, Tite.

Gabriel Martinelli masih belum memutuskan pasukan yang akan beliau bermain (mewakili) untuk masa ini, tetapi ia dipercayai bahawa beliau tidak perlu mengambil masa yang lama sehingga dipanggil untuk menyertai pasukan utama (kebangsaan), dan ketika itulah dia harus membuat keputusan akhir.

Dengan memilih sama ada Itali ataupun Brazil.

Sebelum ini, pemain muda Arsenal itu dilaporkan sedia membuat keputusan untuk menukar taraf kewarganegaraannya kepada Itali.

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment