Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Brendan Rodgers kritik VAR.

Published

on

Susulan pengadil dan VAR tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukannya ketika tewas 1-2 kepada Aston Villa

Pemain Aston Villa, Marvelous Nakamba secara terangan menyentuh bola menggunakan tangan dalam kotak penalti ketika beraksi perlawanan separuh akhir Piala Carabao menentang Leicester City awal pagi tadi.

Pengurus Leicester tersebut tidak berpuas hati kerana pasukannya tidak dihadiahkan sepakan penalti selepas insiden tersebut dan akhirnya tewas dalam perlawanan tersebut.

Matt Targett menjaringkan gol pertama perlawanan pada separuh masa pertama, sebelum penyerang the Foxes, Kelechi Iheanacho menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua.

Advertisement

Dan pada masa kecederaan separuh masa kedua, dengan kedudukan terikat 1-1, Mahmoud Trezeguet menyambar bola hantaran lintang cantik Ahmed Elmohamady menewaskan penjaga gol lawan, Kasper Schmeichel.

The Villa mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan ini (dan agregat 3-2), dan menanti samaada Manchester City atau Manchester United di Stadium Wembley pada hujung bulan Februari nanti.

Marvelous Nakamba menahan percubaan James Maddison dengan menggunakan tangan

Rodgers tidak gembira kerana pasukannya tidak mendapat sepakan penalti, walau telah diperiksa menggunakan VAR, pegawai terlibat di Stockley Park gagal mengesan usaha Nakamba menghalang percubaan James Maddison menggunakan tangannya.

Dia memberitahu Sky Sports: “Saya rasa kami sangat cemerlang dalam perlawanan ini. Penjaga gol mereka juga berjaya membuat saves yang bagus.

“Kami mengawal tempo perlawanan dengan baik. Saya rasa kami sepatutnya mendapat penalti dari sentuhan bola menggunakan tangan.

Advertisement

“Di penghujung perlawanan, saya rasa hanya satu pasukan yang seakan-akan memenanginya.

“Saya sangat terkejut. Kami merupakan pasukan yang lebih baik dalam kedua-dua perlawanan.

“Para pemain sangat kecewa hari ini. Agak sukar untuk melihat kembali dalam dua perlawanan ini, tetapi tahniah kepada Aston Villa, dan kammi perlu terus melangkah ke hadapan.

Bekas penyerang Leicester, Emile Heskey dan bekas pemain tengah Aston Villa, Lee Hendrie yang bekerja sebagai pundit di Sky Sports juga mengatakan ianya adalah penalti.

Advertisement

“Ianya sangat sukar kerana ianya berlaku dengan pantas terhadap anda. Tetapi dia tidak berada di posisi asalnya, dan apabila anda tidak berada di posisi asasla anda, ianya adalah penalti.” kata Heskey.

“Saya rasa ianya penalti. Jika anda mahu membuat peraturan, pasukannya ianya sangat jelas. Saya rasa mereka berhak dapatkannya, tangannya [Nakamba] jauh dari badannya.

“Ianya kes penalti yang jelas dan pengadil perlawanan dapat melihatnya dengan jelas.” kata Hendrie.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply