Christine Sinclair cipta rekod penjaring gol terbanyak peringkat antarabangsa!

Penyerang skuad wanita Canada, Christine Sinclair memahat namanya sebagai penjaring gol terbanyak peringkat antarabangsa ketika membantu negaranya menewaskan St Kitts & Nevis 11-0 semalam.

Dia menjaringkan dua gol dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2020 menentang negara Carribean itu, bermakna dia telah menjaringkan 185 gol sepanjang karier antarabangsanya.

Dia melakukan detik istimewa ini dalam cap antarabangsanya yang ke-290.

Sebelum Sinclair, rekod ini dipegang oleh pemain bolasepak wanita Amerika Syarikat, bermula dengan Mia Hamm, dan disambung oleh Abby Wambach bermula 2013.

Sinclair menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan ini menerusi sepakan penalti, sebelum menjaringkan satu lagi gol untuk meletakkan dirinya di puncak teratas penjaring gol terbanyak peringkat antarabangsa secara keseluruhan.

“Sebelum perlawanan bermula, Dri [Adriana Leon] memberitahu saya yang dia akan membantu saya.

“Dia nampak saya lalu melakukan hantaran lintang yang baik, dan saya berfikir saya tidak akan lepaskan peluang ini.

“Kini saya berasa sungguh lega.”

SENARAI PENJARING GOL WANITA TERBANYAK PERINGKAT ANTARABANGSA

PemainNegaraGolCapRatio
Christine SinclairKanada1852890.64
Abby WambachAmerika Syarikat1842560.72
Mia HammUSA1582750.57
Kristine LillyUSA1303520.37
Birgit PrinzGermany1282140.60

“Saya masih ingat ketika saya memulakan karier saya dan berfikir, ‘Pada usia 16 tahun, banyak sasaran yang saya mahu capai, tetapi saya lebih fokus kepada rekod ini,” kata Sinclair kepada BBC Sport tahun lepas ketika bermain di kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA yang kelimanya.

Sinclair memulakan karier kelabnya di Vancouver tetapi menghabiskan sedekad lalu bermain untuk Gold Pride, Western New Flash dan Portland Thorns di Amerika Syarikat.

Dia mendapat cap pertama negaranya ketika berusia 16 tahun dan tiga tahun kemudian, dia membantu Canada untuk menamatkan kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA 2003 di tempat keempat – pencapaian terbaik mereka setakat ini.

Sinclair juga memecah rekod penjaring gol wanita terbanyak dalam satu kejohanan Olimpik, menjaringkan enam gol dalam Olimpik 2012, termasuk hat-trick ketika tewas 4-3 dalam pusingan separuh akhir kepada Amerika Syarikat, sebelum berjaya mengutip pingat gangsa [menewaskan Perancis 1-0 dalam pusingan penentuan tempat 3/4]

Selepas dia menjaringkan gol Piala Dunia yang ke-10 ketika menentang Belanda di Perancis pada 2019, ianya bermakna dia telah menjaringkan gol dalam lima kejohanan Piala Dunia – pencapaian yang hanya mampu disaingi oleh pemain legenda Brazil, Marta.

Sinclair berharap dapat berada dalam skuad bolasepak wanita untuk pertandingan Olimpik pada tahun ini.

Be the first to comment