Connect with us

Arsenal

Dakwaan pemain hampir sertai Arsenal tidak berasas.

Published

on

Tiada perjanjian dengan The Gunners dan kelab untuk perpindahan.

Menurut laporkan Marca pada hari Jumaat, Arsenal berada di landasan yang betul untuk menandatangani pemain Atletico Madrid, Thomas Lemar.

Laporan Marca pada 24 Januari.

Kemudian pada hari yang sama, El Chiringuito datang dengan kemas kini yang menyatakan bahawa pemain antarabangsa Perancis itu ‘hampir menandatangani’ untuk The Gunners kerana Diego Simeone memerlukan dana untuk membawa penyerang baharu di pasaran musim sejuk.

Pendedahan El Chiringuito mengatakan Lemar akan sertai Arsenal.

RMC Sport kemudiannya telah mengambil keputusan untuk melihat dakwaan yang dibuat oleh El Chiringuito dan mereka telah menolak laporan dari rancangan TV Sepanyol itu selepas mereka berjaya mengumpulkan maklumat mereka sendiri.

Ia mendakwa jika terdapat hubungan dilakukan antara Lemar, kelab La Liga dan pasukan Mikel Arteta, perjanjian perpindahan itu tidak mungkin menghampiri perpindahan (persetujuan), dan itu berlaku untuk dua kelab tersebut (Arsenal dan Atletico Madrid) dan juga antara pemain sayap itu dan Arsenal (gagal mencapai persetujuan).

Lemar dikaitkan dengan perpindahan keluar dari pasukan Madrid sepanjang Januari, dan Lyon dikreditkan sebagai pasukan berminat terhadap bekas pemain AS Monaco itu.

Advertisement

Walau bagaimanapun, pemain telah memaklumkan pihak Ligue 1, melalui ejennya, keengganannya untuk menyertai mereka (Lyon)

Dan Lemar telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal semenjak era Arsene Wenger sehinggalah Unai Emery, sebelum Mikel Arteta bertanggungjawab terhadap kelab.

Persoalan, adakah Arteta masih memerlukan seorang lagi pemain sayap ketika ini?

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply