Dani Ceballos kekal bersama Arsenal.

Arsenal berkata ‘tidak’ – The Gunners kekal dengan pendirian tegas pada perpindahan, pemain tengah tidak akan ke mana-mana.

AS meneruskan desakan mereka bahawa Arsenal tidak mahu membiarkan Dani Ceballos meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan musim sejuk.

Pemain tengah itu tiba di London ketika musim panas pada jendela perpindahan pertama secara pinjaman dari Real Madrid, namun gagal mendapat tempat baik ketika era Unai Emery bertanggungjawab mahupun ketika Mikel Arteta berkuasa.

Marca sebelum ini melaporkan bahawa The Gunners tidak akan tunduk kepada permintaan pemain itu yang mahukan tempoh pinjamannya ditamatkan setelah gagal mendapat minit permainan di Emirates.

Malah kelab Sepanyol, Valencia turut dilaporkan Marca berminat untuk mendapatkan khidmat Ceballos.

Namun pada petang Khamis, AS mempunyai tajuk utama pada laporan mereka dengan Arsenal berkata’ tidak ‘ terhadap permintaan Ceballos.

Tajuk laporan AS.

Arsenal sudah memaklumkan kepada Real Madrid bahawa mereka tidak akan menghantar Ceballos pulang ke Sepanyol bulan ini.

Arteta mahukan Ceballos berjuang untuk mendapatkan tempatnya di Emirates.

Pemain itu masih menaruh harapan untuk menamatkan kontrak pinjamannya bersama Arsenal, namun tiada apa yang mampu dilakukannya sekiranya The Gunners menolak permintaan yang dibuatnya itu.

Sementara itu, Madrid dilaporkan mempunyai kebimbangan mengenai kekurangan minit yang diperolehi Ceballos tetapi mereka tidak mahu merosakkan hubungan baik mereka dengan Arsenal.

Pun begitu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta menegaskan bahawa beliau mahukan Ceballos berjuang untuk merebut tempatnya kerana dia (Arteta) masih belum menilai pemain itu sepenuhnya.

Ini kerana pemain berusia 23 tahun itu tidak beraksi semenjak November lalu dan Ceballos dikatakan terdesak untuk mendapat minit permainan bagi menjamin tempatnya di skuad Sepanyol bagi Kejuaraan Eropah pada musim panas nanti.

Mikel Arteta masih belum menilai Ceballos sepenuhnya.

Walaupun Arteta tidak mengesahkan sama ada Ceballos telah meminta untuk meninggalkan Arsenal bulan ini, dia mempunyai mesej yang jelas untuk rakan senegaranya itu menjelang perlawanan menentang Bournemouth bagi saingan Piala FA, Selasa ini (jam 4 pagi waktu Malaysia – 28 Januari).

“Saya sudah bercakap dengan Dani,” kata Arteta dalam sidang akhbar sebelum perlawanan pada petang Jumaat.

“Apabila saya menyertai kelab, dia tidak berada di sini, dia berada di Madrid kerana dia menjalani pemulihan selama lebih sebulan dengan pasukan yang memiliki dia [Real Madrid].

“Kemudian ketika saya datang ke sini, dia melakukan pemulihan, dua atau tiga minggu pertama, dia kembali ke untuk mencapai tahap kecergasan, tetapi saya tidak melihat banyak daripada dia kerana dia hanya berlatih bersama kami seminggu atau sepuluh hari.

“Jadi masih terlalu awal untuk menilai apa yang saya boleh dan tidak boleh lakukan dengannya.

“Saya mendengar semua perkara tentang [ingin meninggalkan] tetapi saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan mengenai itu.

“Dia perlu kembali cergas sepenuhnya, berjuang untuk tempatnya seperti di mana-mana pasukan lain, dan selepas itu saya akan membuat pemilihan yang saya rasa adil dengan apa yang saya lihat di padang.”

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment