Connect with us

Arsenal

Dari Brazil: Arsenal membuat tawaran dan memulakan rundingan untuk Mari.

Published

on

Arsenal dilaporkan sedia untuk menandatangani pemain dengan ‘peluang terbaik’ akan berlaku.

Laporan dari Brazil pada hari Jumaat petang waktu United Kingdom, mengatakan bahawa Arsenal telah memulakan rundingan untuk menandatangani Pablo Mari.

The Gunners semakin kuat dikaitkan dengan pemain dari Brazil sejak Edu mengambil peranan rasmi di kelab sebagai Pengarah Teknikal.

Bekas pemain The Gunners, Edu Gaspar menjadi Pengarah Teknikal pertama Arsenal

Dan perkembangan ini membawa kepada banyak khabar angin yang mengaitkan dan menghubungkan Arsenal dengan pemain-pemain dari negara tersebut.

Ini kerana Edu mempunyai hubungan yang baik dengan wakil daripada negara itu memandangkan beliau pernah menjawat peranan Pengarah Teknikal Brazil disamping rekod kariernya bermain bersama pasukan kebangsaan negara itu.

Advertisement

Globo Esporte melaporkan dimana Arsenal telah membuat tawaran untuk menandatangani Pablo Mari dari Flamengo.

The Gunners dikatakan sedang dalam rundingan untuk menandatangani pertahanan itu dan Globo merasakan terdapat peluang yang baik untuk menyelesaikan kesepakatan tersebut.

Apa yang mungkin menjadi masalah ketika ini adalah kesuntukan masa yang tinggal dalam jendela perpindahan Januari.

Kelab Inggeris hanya mempunyai satu minggu sahaja lagi untuk menyelesaikan semua urusan perpindahan pada jendela kali ini.

Pablo Mari pernah menyertai Manchester City sebelum ini dan beliau menandatangani kontrak bersama Flamengo pada Julai 2019.

Advertisement

Dan ini menjelaskan bahawa Mari tidak terikat dengan apa-apa rintangan dalam mendapatkan permit kerja untuk membolehkannya beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Pun begitu, rekod penampilan Mari bersama City tidaklah begitu menarik apabila gagal membuat sebarang penampilan semenjak menyertai kelab itu dan dipinjamkan kepada beberapa kelab sebelum menandatangani kontrak bersama Flamengo pada 11 Julai 2019.

Nilai pasaran semasa Mari adalah diaggarkan berjumlah €1.8 juta (1.5 juta pound sterling).

Rekod mewakili pasukan/kelab:
Tahun
Kelab
Penampilan
Jaringan
2010–2013 Mallorca B 69 3
2011–2012 Mallorca 2 0
2013–2016 Gimnàstic 91 6
2016–2019 Manchester City 0 0
2016–2017 → Girona (dipinjamkan) 8 0
2017–2018 → NAC dipinjamkan) 21 1
2018–2019 → Deportivo La Coruña (dipinjamkan) 38 2
2019– Flamengo 22 2

Advertisement