Everton berminat dapatkan Dani Ceballos pada jendela Januari.

Dani Ceballos
Pemain pinjaman Real Madrid bersama Arsenal jadi buruan kelab Inggeris dan Itali.

Menurut OK Diario (melalui The Sun), Everton berminat untuk mendapatkan pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos jika pemain tersebut dapat menjamin pelepasannya dari Arsenal bulan ini.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Arsenal secara pinjaman untuk tempoh semusim di Emirates, tetapi bergelut menempatkan diri dalam kesebelasan utama dengan hanya memulakan tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Dengan kekurangan aksi dan minit permainan, Ceballos dilaporkan mahu memendekkan tempoh pinjamannya di Arsenal, dan sekiranya Madrid memanggilnya pulang, Everton bersedia untuk membuat tawaran mendapatkan pemain itu.

AC Milan juga dilaporkan sedang memantau perkembangan tersebut dan ia menarik untuk disaksikan sama ada pihak Goodison Park dapat meyakinkan pemain Sepanyol itu untuk kekal di England atau berpindah ke Itali yang akan menjadi pilihan pemain itu.

Ceballos gagal menarik minat majikannya, Real Madrid untuk menggunakan khidmatnya musim ini dan ianya hampir mustahil untuk melihat beliau menghabiskan separuh kedua kempen musim ini di Santiago Bernabeu.

Everton memerlukan pemain tengah dan hubungan Carlo Ancelotti dengan Madrid diyakini dapat membantu mereka memenangi perlumbaan untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut.

Ancelotti pernah membantu gergasi La Liga itu untuk menjuarai kejuaraan Liga Juara-Juara ke-10 mereka dan hubungan mereka juga dikatakan masih berada dalam keadaan baik.

Sekiranya Ceballos menyertai Everton, beliau dijangka tidak menghadapi saingan sengit dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama dan mampu melakukan tugas tanpa tekanan kuat di Merseyside.

Dengan Gylfi Sigurdsson bergelut untuk membuat impak, pemain tengah Sepanyol itu berpeluang untuk mendapat tempat di Goodison, jika dia bersetuju untuk berpindah.

Dan ia juga bergantung kepada persetujuan diantara kedua-dua kelab itu sama ada ia boleh memberikan faedah untuk jangka pendek mahupun jangka panjang bagi pemain dan kelab itu sendiri.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment