Fernandinho akui sedang dalam perbincangan menandatangani kontrak baru bersama Manchester City

Fernandinho

Pemain tengah defensif Brazil ini akui akan menandatangani kontrak baru bersama kelab Manchester tersebut dalam masa terdekat.

Fernandinho kerap digunakan oleh Pep Guardiola di posisi pertahanan pasukan, dan kontrak sediadanya akan tamat pada penghujung musim ini.

Tetapi setelah berjaya menepati beberapa syarat, perjanjiannya akan diperbaharui secara automatik.

“Apabila saya memperbahurui pada penghujung 2018, kami meletakkan klausa di mana apabila saya mencapai beberapa sasaran, kontrak saya akan diperbaharui secara automatik,” kata pemain berusia 34 tahun ini.

“Perbincangan sudah dimulakan dan kami bercakap mengenainya pada bulan lepas. Saya semakin hampir mencapai sasaran tersebut dan mendapat kontrak baru, tetapi kami hanya boleh sahkan selepas menandatanganinya.

“Kelab telah menunjukkan hajat mereka untuk mengekalkan saya di sini. Begitu juga dengan saya.

Fernandinho bermain dengan baik dalam kemenangan 3-1 ke atas Manchester United dalam perlawanan separuh akhir pertama di Old Trafford awal pagi tadi, di mana sekali lagi dia bermain di posisi pertahanan tengah.

Dia mengakui dirinya selesa bermain di posisi baru pada tahap kariernya kini.

“Ianya bagus selagi kamu boleh berada di tahap tertinggi,” kata Fernandinho apabila ditanya adakah dia selesa bermain di bahagian pertahanan.

“Bermain di posisi yang berlainan membuka satu pintu ilmu yang baru.

“Di bahagian pertahanan, saya melihat permainan dengan lebih berbeza. Ianya sangat menarik dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Pep juga sangat bagus.

“Bermain di Premier League pada usia 34 tahun merupakan sumber kejayaan dan maruah saya.

“Ramai pemain yang mahu merasai pengalaman yang saya rasai kini.”

Be the first to comment