Connect with us

Arsenal

Fokus kepada rancangan jangka panjang Arteta, abaikan kedudukan liga.

Published

on

Arsenal kini dilihat semakin pulih daripada prestasi hambar semenjak Arteta mula mengambil alih.

The Gunners memulakan kempen 2019/20 dengan prestasi tidak menentu dan terumbang ambing, sehingga menyaksikan pemecatan Unai Emery dan peranan pengendali sementara diberikan kepada Freddie Ljungberg untuk mengemudikan pasukan, sebelum diserahkan kepada Mikel Arteta.

Emery dipecat pada 29 November 2019 selepas mengendalikan perlawanan terakhirnya ketika itu menentang Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Europa (28 November 2019) yang berkesudahan Arsenal tewas 1-2 dilaman sendiri.

Arsenal tumpas 1-2 dilaman sendiri kepada Eintracht Frankfurt.

Dan ketika Emery meninggalkan kelab, Arsenal berada ditangga kelapan liga setelah mencatatkan keputusan seri ketika menentang Southampton pada 23 November 2019.

Perlawanan menentang The Saints itu juga merupakan perlawanan Liga Perdana terakhir dikendalikan Emery.

Advertisement

Sebelum pemecatan Emery, kem Arsenal bagaikan bergolak dengan beberapa pemain senior bagaikan melakukan protes terhadap percaturan teknikal dan taktikal serta juga terdapat laporan yang mengatakan pemain-pemain The Gunners keliru dengan arahan pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Kedudukan liga setelah Arsenal mengharungi perlawanan terakhir bersama Emery.

Pengakhiranya, Emery dipecat tanpa Arsenal mempunyai calon pengganti segera dan menyerahkan tugas sementara kepada Ljungberg.

Rekod perlawanan liga ketika Unai Emery bertanggungjawab.
# Venue Ranking Opponent Result
1 A 10 Newcastle United (12.) 0:1
2 H 7 Burnley FC (4.) 2:1
3 A 2 Liverpool FC (1.) 3:1
4 H 3 Tottenham Hotspur (7.) 2:2
5 A 5 Watford FC (20.) 2:2
6 H 7 Aston Villa (17.) 3:2
7 A 4 Manchester United (8.) 1:1
8 H 4 AFC Bournemouth (8.) 1:0
9 A 3 Sheffield United (13.) 1:0
10 H 5 Crystal Palace (6.) 2:2
11 H 5 Wolverhampton (12.) 1:1
12 A 5 Leicester City (3.) 2:0
13 H 6 Southampton FC 2:2
*(…) kedudukan lawan dalam liga ketika itu

Freddie Ljungberg, kemudianya diberikan tanggungjawab sementara untuk mengendalikan Arsenal sebelum Mikel Arteta dilantik pada 20 Disember 2019.

Dan dibawah kendalian Ljungberg, Arsenal terus menjunam apabila terpelosok ke tangga ke-11 liga, selepas mengharungi 18 perlawanan.

Kedudukan Arsenal setelah Ljungberg mengambil alih secara sementara.

Walaupun Ljungberg telah lama bersama Arsenal (jurulatih skuad remaja) namun beliau bagaikan gagal memberi impak maksimum dalam memulihkan segera semangat juang pemain The Gunners.

Malah beliau juga dilihat seakan jelmaan Emery dalam taktikal yang dipraktikan beliau, cuma sedikit lebih cantik.

Ljungberg hanya sempat mengendalikan lima perlawanan liga dan daripada lima perlawanan tersebut, beliau hanya mampu mencatatkan satu kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.

Advertisement
Rekod Arsenal dibawah kendalian Ljungberg (pengendali sementara).
# Venue Ranking Opponent Result
14 A 8 Norwich (18) 2:2
15 H 8 Brighton (16.) 1:2
16 A 10 West Ham (15) 1:3
17 H 9 Man City (3.) 0:3
18 A 10 Everton (16.) 0:0

Kini genap sebulan Arteta bersama Arsenal dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau telah melakukan sesuatu yang menakjubkan dengan memulihkan semangat juang para pemain The Gunners.

Malah corak permainan The Gunners juga kembali menghiburkan dan bagaikan mengembalikan diri Arsenal sebenar, yang pernah kita kenali dahulu.

Namun disebalik kebangkitan prestasi dan corak permainan Arsenal, Arteta juga menghadapi situasi sukar dengan barisan pemain yang terhad selepas kecederaan melanda beberapa pemain terutamanya pada barisan pertahanan.

Masalah yang sering menjadi perbualan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal, bahagian pertahanan.

Advertisement

Pun begitu, Arteta dilaporkan tidak akan diberikan dana untuk melakukan pembelian pemain baharu dan beliau sendiri mengakui bahawa beliau hanya fokus untuk menggunakan pemain yang ada.

Pembangunan pemain menjadi agenda Arteta dengan kekangan kewangan yang begitu terhad.

Mengharungi enam perlawanan liga, Arteta berjaya mencatatkan satu kemenangan, empat seri dan satu kekalahan.

Walaupun berjaya meraih tujuh mata daripada 18 mata maksimum, kedudukan liga Arsenal juga tidak banyak berubah apabila ketika ini berada ditangga ke-10, naik satu anak tangga semenjak dilepaskan Ljungberg kepada Arteta.

Advertisement

Perkembangan ini sudah pasti menggusarkan peminat dan penyokong mengenai peluang Arsenal untuk menempatkan dikelompok empat teratas liga.

Menghuni tangga ke-10 liga ketika ini dengan perbezaan 10 mata untuk menempatkan diri dikalangan empat teratas, Arteta sememangnya memikul tugas berat bagi memastikan Arsenal layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pun begitu, sebagaimana musim lalu, Arsenal mempunyai dua pilihan untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Pertama dengan menempatkan diri dikalangan empat teratas liga (yang dilihat peluang yang lebih realistik dan mudah), kedua dengan menjuarai Liga Europa.

Advertisement

Namun penulis merasakan ianya adalah sedikit sukar untuk menamatkan saingan kali ini di kalangan Top 4 dan kedudukan Top 10 dilihat lebih realistik.

Dan peluang dalam saingan Liga Europa juga masih belum pasti menjanjikan kita untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, melainkan muncul sebagai juara.

Pun begitu, musim lalu juga Arsenal dikecewakan walaupun mara ke perlawanan akhir.

Jadi, apa yang penting buat kita semua adalah yakin dan terus memberikan sokongan kepada Arteta dalam membangunkan pemain dan prestasi pasukan.

Advertisement

Lupakan sahaja cabaran musim ini dan terimalah kenyataan dimana kita sedang melalui fasa kemerosotan dan fasa pembangunan sebagaimana yang pernah dilalui oleh pasukan-pasukan lain.

Dan Arteta, dengan dana terhad pada ketika ini, tidak mempunyai jalan lain selain menggunakan pemain yang ada dalam menamatkan saingan musim ini.

Malah beliau dilihat berjaya membangunkan prestasi pemain dan pasukan semenjak mengambil alih peranan Ketua Jurulatih.

Penulis yakin Arteta mempunyai perancangang jangka panjang yang menarik dalam membangunkan Arsenal.

Advertisement

Ketika ini, beliau begitu bijak menggunakan peranan setiap pemain dan kita semua dapat melihatnya dalam perlawanan terkini Arsenal ketika menentang Chelsea.

Tindakan beliau itu menjelaskan kata-katanya ketika mula dilantik dahulu dimana beliau mengatakan beliau mahu mengenali setiap pemain dengan lebih mendalam.

Semoga terus maju Arteta dan Arsenal! #COYG #WeAreTheArsenal #MyGooners

Baki perlawanan dan peluang.
# Venue Lawan Boleh Menang
50-50 Mungkin Kalah
25. A Burnley
26. H Newcastle
27. H Everton
28. A Manchester City
29. H West Ham
30. A Brighton & Hove Albion
31. A Southampton
32. H Norwich City
33. A Wolverhampton Wanderers
34. H Leicester City
35. A Tottenham Hotspur
36. H Liverpool
37. A Aston Villa
38. H Watford
Ramalan kedudukan akhir musim.
# Pasukan Perlawanan Anggaran Mata
1 Liverpool 38 102.51
2 Man City 38 82.56
3 Leicester 38 68.9
4 Chelsea 38 63.36
5 Man United 38 59.65
6 Wolves 38 59.36
7 Tottenham 38 55.29
8 Sheffield United 38 52.27
9 Arsenal 38 52.2
10 Southampton 38 50.29
11 Crystal Palace 38 48.86
12 Newcastle 38 48.5
13 Everton 38 47.82
14 Burnley 38 40.02
15 West Ham 38 39.17
16 Brighton 38 37.28
17 Watford 38 37.05
18 Aston Villa 38 36.44
19 Bournemouth 38 34.36
20 Norwich 38 30.14
Rekod Arsenal dibawah Arteta setakat ini.
# Venue Ranking Opponent Result
19 A 11 Bournemouth (14.) 1:1
20 H 11 Chelsea (4.) 1:2
21 H 12 Manchester United (5.) 2:0
22 A 10 Crystal Palace (9.) 1:1
23 H 10 Sheffield United (6.) 1:1
24 A 10 Chelsea (4.) 2:2
Kedudukan Carta Liga Perdana Inggeris Ketika Ini

Advertisement