Connect with us

Arsenal

Gabriel Martinelli tidak menolak kemungkinan bertukar kewarganegaraan

Published

on

Penyerang muda Brazil ini boleh bermain untuk Brazil atau Itali di peringkat antarabangsa.

Martinelli tidak menolak peluang kemungkinan untuk menukar status warganegaranya dari Brazil ke Itali untuk aksi perlawananan peringkat antarabangsa.

Walau mempunyai pasport Itali, dia mengakui dia mengimpikan bermain untuk Brazil, namun masih mahu memastikan pilihan sentiasa terbuka.

Advertisement

Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil penyerang Arsenal ini, dan Martinelli memberitahu DAZN Brazil: “Saya orang Brazil dan sudah tentu saya mengimpikan untuk bermain untuk Brazil.

“Tetapi saya juga boleh bermain untuk Itali tetapi belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Saya masih belum menerima panggilan dari Brazil.”

Martinelli sudah menjaringkan lapan gol dalam 19 perlawanan dalam semua kejohanan untuk the Gunners pada musim ini.

Advertisement

Dia berpeluang untuk menambah jumlah jaringan golnya dalam tiga perlawanan Arsenal yang akan datang selepas kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang digantung tiga perlawanan kerana menerima kad merah dalam perlawanan PL menentang Crystal Palace minggu lepas.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply