Gattuso kini mulai risau.

Pasukan bimbingan beliau kini berada ditangga ke-11 Serie A

Pengendali Napoli, Gennaro Gattuso berkata dia ‘bimbang dan takut’ setelah menyaksikan pasukan kendaliannya tumbang 2-0 di laman sendiri kepada Fiorentina semalam.

Kekalahan itu menyebabkan naib juara Serie A musim lalu itu bergelut untuk menyelamatkan diri.

Kekalahan ketiga berturut-turut menyaksikan gergasi dari selatan itu jatuh ke kedudukan ke-11 dan itu menyaksikan mereka semakin hampir ke zon penyingkiran serta semakin jauh untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

Kedudukan terkini Sirie A.

Napoli kini tanpa sebarang kemenangan dalam saingan liga di Stadium San Paolo sejak 19 Oktober dan bakal menentang Barcelona bagi saingan Liga Juara-Juara dalam tempoh sebulan lagi, juga dilaman sendiri.

Bagi Gattuso kekalahan yang disifatkan beliau bagai ‘tiada jiwa, tidak patut dilihat dan memalukan’ itu adalah kekalahan keempat daripada lima perlawanan sejak dia menggantikan Carlo Ancelotti pada 11 Disember dan ketika itu kelab tersebut berkedudukan ketujuh liga.

“Saya amat bimbang,” kata bekas pengendali AC Milan berusia 42 tahun itu.

“Kami sudah ke bawah liga dan kami perlu faham apa yang akan kami hadapi.

“Kami tidak melihat Liga Juara-Juara, kami melihat ranking menakutkan.

“ Kami bermain dengan api.”

Gattuso berkata pasukan bersetuju terus ke tempat latihan di Castel Volturno, dekat Naples sebelum menantikan kehadiran Lazio pada Piala Itali Selasa depan sebelum menerima kunjungan pendahulu liga, Juventus hujung minggu depan.

Jadual perlawanan yang bakal ditempuhi Napoli.
About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment