Connect with us

Arsenal

Henrikh Mkhitaryan dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Armenia 2019!

Published

on

Henrikh Mkhitaryan sekali lagi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Armenia tahun 2019, buat kali kesembilan dalam kariernya.

Kapten pasukan negara Armenia ini merupakan pilihan utama kebanyakan pengundi – dan para pengundi adalah para jurulatih dan kapten pasukan dalam Armenian Premier League, tak terkecuali wakil media.

Mkhitaryan menerima 109 mata diikuti oleh penyerang TSG Hoffenheim Sargis Adamyan dengan 104 mata. Manakala penyerang FC Astana Tigran Barseghyan di tempat ketiga mendapat 61 mata undian.

Advertisement

Mkhitaryan tidak memenangi anugerah ini sebanyak dua kali sahaja dari 2010 – 2019, iaitu pada 2010 (dimenangi oleh Karlen Mkrtchyan) dan 2018 (dimenangi oleh Marcos Pizzeli).

Pemain tengah kreatif ini menghargai setiap undian yang diterimanya sebagai Pemain Terbaik Tahunan Armenia tahun ini.

“Ia sentiasa menjadi satu penghargaan buat saya untuk diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan negara saya, buat kali kesembilan,” luahan Mkhitaryan di dalam akaun Twitternya.

“Terima kasih buat semua yang mengundi,” tambahnya lagi.

Advertisement

Mkhitaryan kini bermain bersama AS Roma sejak September lepas secara pinjaman sehingga hujung musim 2019/20, selepas kurang menyerlah sejak menyertai the Gunners pada Januari 2018.

Sementara itu, ketua jurulatih FC Ararat-Armenia iaitu Vardan Minasyan telah dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Tahunan Armenia, buat kali keempat dalam kariernya. Dia menerima 119 mata undian.

Bekas ketua jurulatih kebangsaan Armenia, Armen Gyulbudaghyants di tempat kedua dengan 84 mata, manakala ketua jurulatih FC Shirak, Vardan Bichakhchyan di tempat ketiga dengan mendapat 67 mata.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply