Hujan Meteor boleh disaksikan di langit Malaysia pada 4 dan 5 Januari ini.

Quadrantids Meteor Shower
Anda perlu berada di lokasi yang tepat untuk menonton fenomena yang indah ini apabila ia berlaku.

Bermula hari ini, kita semua dapat menyaksikan pancuran meteor dilangit Malaysia tanpa menggunakan sebarang teknologi canggih.

Pancuran meteor itu boleh dilihat pada langit Malaysia dari jam 11 malam 4 Januari sehingga awal pagi 5 Januari 2020.

Hujan meteor Quadrantids ini terjadi disebabkan serpihan debu yang ditinggalkan oleh asteroid 2003 EH1.

Fenomena ini dapat dilihat dengan mata kasar dan ia juga bergantung kepada keadaan cuaca.

Antara lokasi yang boleh anda semua lihat pancuran meteor ini adalah seperti berikut:

  • Mersing, Johor
  • Sekinchan, Selangor
  • Kudat, Sabah
  • Bukit Broga, Selangor
  • Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • Kota Belud, Sabah
  • Pantai Pasir Klebang, Melaka
  • Kuala Selangor
  • Pulau Tioman, Pahang
  • Pulau Gem, Terengganu
  • Tanjung Simpang Mengayau, Sabah
  • Cameron Highlands, Pahang
  • Pantai Malindo, Penang
  • Kampung Teluk Pelanduk, Seremban
  • Ulu Yam, Selangor
Bagaimana untuk melihat Quadrantids

Anda tidak memerlukan peralatan khas atau kemahiran tinggi untuk melihat pancuran meteor ini.

Apa yang anda perlukan adalah langit yang jelas dan terang serta kesabaran yang tinggi.

Fakta Ringkas

Pada tahun 2020, Quadrantids akan berada dikemuncak pada malam antara 4-5 Januari.

Pancuran Meteor Januari

Quadrantids biasanya aktif antara akhir Disember dan minggu kedua Januari, dan kemuncak sekitar 4-5 Januari.

Tidak seperti hujan meteor lain yang cenderung kekal di puncak mereka selama kira-kira dua hari, tempoh puncak Quadrantids hanya berlangsung beberapa jam sahaja.

Asteroid 2003 EH1

Pancuran ini mendapat namanya berdasarkan buruj Quadrans Muralis yang tidak lagi digunapakai.

Buruj itu dinyah senaraikan dari senarai yang dikeluarkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada tahun 1922, tetapi kerana pancuran itu telah dinamakan sempena Quadrans Muralis, namanya tidak pernah berubah.

Quadrans Muralis Cuadrante mural.

Quadrantids juga dipanggil Bootids sempena buruj moden, Boötes dan ia dikaitkan dengan asteroid 2003 EH1.

Asteroid ini memakan masa kira-kira 5.5 tahun untuk mengelilingi matahari.

Sumber:

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment