Inter Milan kembali ikuti Kolasinac.

Sead Kolasinac
Kelab Itali itu dilaporkan memantau aksi Kolasinac ketika pertemuan menentang Manchester United.

Inter Milan telah memperkukuhkan minat mereka terhadap bek kiri Arsenal, Sead Kolasinac, dengan pihak Itali itu berhajat untuk menambah pemain pada posisi tersebut bulan ini.

Dibawah Antonio Conte, Milan mahu memperkukuhkan skuad mereka selepas mengharungi separuh pertama liga dengan fokus kini diberikan pada barisan pertahanan.

Keperluan menambah bek kiri dianggap sebagai keutamaan dan mereka telah memberi perhatian terhadap Kolasinac selepas sasaran lain dilihat terlalu membebankan, terlalu mahal.

Menurut Tuttomercatoweb, Milan berminat untuk mendapatkan Marco Alonso dan Emerson Palmieri dari Chelsea, tetapi Blues telah menetapkan harga yang terlalu tinggi untuk kedua-dua pemain itu.

Laporan Tuttomercatoweb

Akibatnya, ‘idea Kolasinac kembali’, dengan pertahanan Arsenal ini pernah menjadi sasaran kelab Serie A tersebut pada masa lalu.

Menurut laporan itu mengatakan bahawa Inter telah berhubung dengan Arsenal mengenai Kolasinac baru-baru ini, bahkan ‘meriki’ bek kiri itu ketika pertembungan The Gunners dengan Manchester United pada hujung minggu lalu.

Marco Alonso

Roma juga dilaporkan berminat terhadap Kolasinac dalam beberapa minggu kebelakangan ini, begitu juga dengan Napoli yang turut dilaporkan mempunyai hajat yang sama.

Emerson Palmieri

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment