Connect with us

Arsenal

Jadual kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2021 telah diawalkan dari musim panas ke Januari 2021

Published

on

Perubahan jadual ini bakal menyaksikan kelab-kelab PL akan kehilangan pemain-pemain dari benua Afrika pada tempoh tersebut.

Pada asalnya, kejohanan ini dijadualkan pada bulan Jun dan Julai, tetapi oleh kerana faktor cuaca yang akan melanda negara tuan rumah iaitu Cameroon, maka jadual perlawanan telah diawalkan ke bulan Januari.

“Ia (Piala Negara-Negara Afrika 2021) akan dimainkan di Cameroon bermula 9 Januari hingga 6 Februari 2021.

Advertisement

“Perubahan tarikh dilakukan kerana faktor cuaca di Cameroon,” kenyataan rasmi badan bolasepak benua tersebut di Twitter selepas tamat mesyuarat bersama para wakil daripada Konfederasi Bolasepak Afrika.

Kontinjen Pemain-Pemain PL dari Benua Afrika

ArsenalPierre-Emerick Aubameyang (Gabon), Nicolas Pepe (Ivory Coast), Mohamed Elneny (Mesir)
Aston VillaMarvelous Nakamba (Zimbabwe), Mohmoud Hassan Trezeguet, Ahmed Elmohamady (Mesir), Jonathan Kodjia (Ivory Coast)
BrightonLeon Balogun (Nigeria), Yves Bissouma (Mali), Gaetan Bong (Cameroon), Percy Tau (Afrika Selatan)
Crystal PalaceJerffrey Schlupp (Ghana), Cheik Kouyate (Senegal), Jordan Ayew (Ghana), Wilfred Zaha (Ivory Coast)
EvertonAlex Iwobi (Nigeria), Jean-Philippe Gbamin (Ivory Coast), Omar Niasse (Senegal), Yannick Bolasie (DR Congo)
LeicesterKelechi Iheanacho (Nigeria), Wilfred Ndidi (Nigeria), Amartey (Ghana), Islam Slimani, Rachid Ghezzal (Algeria)
LiverpoolNaby Keita (Guinea), Mohamed Salah (Mesir), Sadio Mane (Senegal)
Manchester CityRiyad Mahrez (Algeria)
Manchester UnitedEric Bailly (Ivory Coast)
NewcastleChristian Atsu (Ghana), Henri Saivet (Senegal)
SouthamptonMoussa Djenepo (Mali), Sofiane Boufal (Morocco), Mario Lemina (Gabon)
TottenhamVictor Wanyama (Kenya), Serge Aurier (Ivory Coast)
WatfordIsaac Success (Nigeria)
West HamArthur Masuaku (DR Congo)
WolvesRomain Saiss (Maghribi)
Mohamed Salah dan Sadio Mane

Perubahan tarikh ini akan memberikan impak yang besar kepada kelab-kelab PL seperti Liverpool khususnya yang mungkin akan kehilangan khidmat Mohamed Salah (Mesir), Sadio Mane (Senegal, dan Naby Keita (Guinea) dalam tempoh tersebut.

Salah juga mungkin akan terlepas banyak lagi aksi bersama Livepool pada musim hadapan selepas jurulatih skuad bawah 23 tahun Mesir, Shawky Gharib mahukan Salah didaftarkan sebagai salah seorang dari tiga orang pemain melebihi had umur di dalam skuadnya untuk Sukan Olimpik Tokyo pada musim panas ini.

Mesir sudah melayakkan diri ke Sukan tersebut yang akan berlangsung bermula 22 Julai hingga 8 Ogos 2020.

Penglibatan Salah dalam skuad negaranya itu bermakna dia akan terlepas beberapa perlawanan awal Liverpool pada musim hadapan.

Advertisement

Sejak 1960, kejohanan ini sentiasa dijalankan pada musim sejuk atau awal musim luruh, atas faktor cuaca dan mahu mengelak bertembung dengan kejohanan antarabangsa atau kelab yang lain, namun ianya telah diubah pada tahun lepas apabila Mesir menjadi tuan rumah pertama menganjurkan kejohanan tersebut pada musim panas.

Algeria menjuarai Piala Negara-Negara Afrika 2019

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply