Jamie Vardy menolak kemungkinan untuk kembali ke skuad kebangsaan England

Penyerang Leicester City itu mungkin tidak akan keluar dari persaraan untuk membenarkannya dirinya dipanggil menyertai skuad kebangsaan England.

Vardy telah mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa selepas kempen Piala Dunia 2018, menyatakan dia tidak gembira kerana kurang mendapat peluang bermain.

Walaupun sudah menjaringkan 17 gol dalam saingan Premier League (PL) musim ini, dia dikhabarkan masih tidak gembira dengan kurang peluang bermain ketika bersama the Three Lions dulu.

Jamie Vardy sudah mendapat 26 cap antarabangsa England, menjaringkan 7 gol sebelum bersara

England telah kehilangan dua penyerang utama mereka, Harry Kane (Tottenham Hotspur) dan Marcus Rashford (Manchester United) selama tiga bulan akibat kecederaan yang dialami ketika beraksi dalam pertandingan domestik.

Kehilangan dua pemain ini mengganggu perancangan Ketua Jurulatih, Gareth Southgate untuk mempersiap pasukan menghadapi kejohanan EURO2020.

Sebelum itu, England akan bermain dua perlawanan persediaan menentang Itali dan Denmark.

Kane telah mengalami kecederaan hamstring, manakala Rashford telah mengalami kecederaan ‘double stress fracture’ pada belakangnya.

Southgate juga tidak menutup pintu sepenuhnya untuk Vardy namun memang agak tipis peluang untuk Vardy kembali.

“Jamie bersara kerana kurang peluang bermain dan dia mahukan sesuatu kepastian yang situasi ini tidak akan berulang apabila dia kembali nanti,” petikan dari satu sumber.

Vardy sedar dia boleh memulakan permainan dalam kedua-dua perlawanan yang akan berlangsung pada Mac ini, namun mungkin akan kembali ke bangku simpanan selepas kedua-dua Kane dan Rashford pulih.

Mungkin Southgate akan memanggil samaada dua pemain muda iaitu Tammy Abraham (Chelsea) dan Mason Greenwood (Manchester United), juga penyerang Southampton, Danny Ings untuk mengetuai jentera serangan England nanti.

Be the first to comment