Jordan Henderson dan Lucy Bronze dianugerah Pemain Terbaik Tahunan England 2019

Jordan Henderson and Lucy Bronze

Kedua-dua pemain ini merupakan pemenang Liga Juara-Juara Eropah 2019 bersama Liverpool dan Olympique Lyon.

Kapten Liverpool, Henderson memenangi anugerah ini menewaskan Raheem Sterling dan Harry Kane yang menduduki tempat kedua dan ketiga senarai ini.

Dia membuat tujuh penampilan untuk England sepanjang 2019 dan berjaya mendapatkan cap antarabangsa ke-50 semasa kemenangan 5-1 ke atas Montenegro pada bulan Mac.

Senarai perlawanan antarabangsa Jordan Henderson bersama England sepanjang tahun 2019

  • 22 Mac 2019: Lawan Republik Czech [menang 5-0]
  • 25 Mac 2019: Lawan Montenegro [menang 5-1]
  • 6 Jun 2019: Lawan Belanda [tewas 1-3]
  • 7 September 2019: Lawan Bulgaria [menang 4-0]
  • 10 September 2019: Lawan Kosovo [menang 5-3]
  • 11 Oktober 2019: Lawan Republic Czech [kalah 1-2]
  • 14 Oktober 2019: Lawan Bulgaria [menang 6-0]

Pemain berusia 29 tahun ini merupakan pemain penting di dalam skuad Gareth Southgate, membantu England layak ke kejohanan EURO2020 di samping mendapat tempat ketiga di dalam kejohanan sulung UEFA Nations League.

Selain Liga Juara-Juara Eropah, Henderson juga mengetuai kelabnya untuk menjulang trofi UEFA Super Cup (menewaskan Chelsea) dan FIFA Club World Cup (menewaskan Flamengo).

Bronze pula memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan England ini buat kali kedua dalam karier peribadinya, setelah memenanginya buat pertama kali pada 2015.

Lucy Bronze

Penyokong England telah mengundi Bronze mengatasi pemenang anugerah ini pada tahun 2018 iaitu Ellen White, yang menduduki tempat kedua. Manakala pemain Arsenal, Beth Mead di tempat ketiga.

Bronze telah mempunyai 81 cap antarabangsa setakat ini, dan merupakan pemain kunci kejayaan skuad bolasepak wanita England menjulang SheBelieves Cup buat pertama kali dalam edisi keempat kejohanan tersebut pada Mac tahun lepas.

Pemain berusia 28 tahun ini bermain dalam 18 dari 20 perlawanan skuad wanita England sepanjang tahun lepas termasuk kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA di Perancis.

Pada Ogos lepas, dia menjadi pemain bolasepak Inggeris yang pertama memenangi anugerah Pemain Wanita Terbaik Tahunan UEFA setelah membantu kelabnya memenangi empat trofi iaitu Liga Juara-Juara Eropah Wanita, Dvision 1 Feminie, Coupe de France Feminie dan trofi sulung Trophee des Championnes.

Be the first to comment