Connect with us

Arsenal

Jumlah sebenar bayaran perpindahan Pablo Mari.

Published

on

Arsenal telah melengkapkan perpindahan pertahanan tengah Flamengo, Pablo Mari.

Perpindahan Mari ke Emirates telah diumumkan secara rasmi semalam (29 Januari) melalui laman web Arsenal.

Dan mereka turut mendedahkan dimana perpindahan Mari itu adalah atas dasar kontrak pinjaman dengan pilihan untuk membelinya pada penghujung musim.

Namun semua itu tidak mendedahkan nilai perpindahan dan bayaran yang dilakukan Arsenal.

Advertisement

Spanish defender Pablo Mari is set to join us on loan until the end of the season. – www.arsenal.com

Bagaimanapun menurut laporan dari Brazil, UOL telah mendedahkan jumlah bayaran yang dibayar dan perlu dibayar Arsenal untuk menandatangani pemain tersebut.

Mereka mengatakan Pablo Mari pada mulanya akan menyertai Arsenal dengan bayaran perpindahan sebanyak € 10 juta dan perpindahan tersebut adalah merupakan pembelian iaitu perpindahan tetap dan bukannya pinjaman.

Namun sebagaimana dimaklumkan oleh ejen pemain itu, Andre Cury, langkah perpindahan tersebut mengalami perubahan semasa rundingan sedang berlangsung.

Difahamkan Arsenal telah membayar € 4 juta untuk perjanjian pinjaman tersebut yang akan berakhir pada hujung musim ini.

Dan Arsenal juga mempunyai pilihan untuk membeli pemain itu dengan bayaran berjumlah € 4 juta.

Advertisement

Walaupun mempunyai pilihan (klausa pembelian diakhir musim, tempoh pinjaman), namun The Gunners tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakannya.

Ia juga mengatakan terdapat bonus penampilan berjumlah € 8 juta tanpa mendedahkan butiran lanjut klausa kontrak pinjaman itu.

Seandainya Arsenal membeli Mari pada penghujung musim ini, nilai keseluruhan perpindahan itu akan mencecah € 16 juta.

Advertisement