“Kami akan memikirkannya” – Ejen Mustafi.

Kujtim Mustafi mengatakan ‘sesuatu yang baik’ mungkin akan membuatkan pemain itu berpindah.

Pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi ‘akan memikirkannya’ jika tawaran yang sesuai diterimanya pada bulan ini.

Itu menurut bapan dan agennya, Kujtim Mustafi yang telah memberitahu Transfermarkt bahawa anaknya terbuka untuk meninggalkan Emirates sekiranya terdapat tawaran yang memuaskan diterima mereka.

Shkodran Mustafi bersama bapanya yang juga merupakan ejennya, Kujtim Mustafi

Mustafi menyertai Arsenal dari Villarreal pada tahun 2016 dengan nilai perpindahan mencecah £36.9 juta ketika The Gunners dilihat cuba untuk menyelesaikan masalah pertahanan tengah mereka.

Beliau bagaimanapun gagal menyinar di Emirates dan sering menjadi mangsa kritikan untuk beberapa persembahan beliau yang mengecewakan.

Musim ini, Mustafi hanya berjaya membuat 12 penampilan dalam semua pertandingan dan beraksi kurang dari 1000 minit dalam kesemua penampilan tersebut.

Ini menunjukkan beliau sekarang bukan lagi menjadi pilihan dan mungkin akan dilepaskan daripada kelab.

Rekod penampilan Mustafi musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Rekod penampilan Mustafi musim ini dalam saingan Liga Europa.
Rekod penampilan Mustafi musim ini dalam saingan Piala Carabao.

Perkembangan ini juga memburukkan lagi peluang Mustafi untuk mewakili skuad kebangsaan Jerman dengan kejohanan Euro 2020 semakin hampir ( Jun 2020).

Dan sekiranya beliau gagal mendapatkan minit dan tempat dalam pasukan The Gunners, sudah pasti jalan terbaik adalah mencari pasukan yang mampu memberikan peluang tersebut kepadanya.

Ini menyebabkan ejennya mengakui bahawa mereka akan menilai pilihan mereka sekiranya terdapat kelab yang berminat mendapatkan khidmat Mustafi.

“Dia bukan berada dibawah tekanan. Beliau kini mempunyai masa yang sukar di London, tetapi dia bukan orang yang akan membalas serangan terhadapnya atau membawa semangat jahat ke dalam pasukan atau kelab, ” katanya kepada Transfermarkt.

“Jika sesuatu yang baik datang sekarang, kami akan memikirkannya.

“Kami tidak akan pergi ke neraka mencari perubahan.

“Ia mesti masuk akal dan sesuai untuknya. Shkodran adalah orang yang menunjukkan kepada kita jalan dan memberi kita arahan.

“Selalunya terdapat permintaan pada pasaranperpindahan untuk pemain pertahanan antarabangsa yang berpengalaman.

“Kami sentiasa mendapat pertanyaan. Dia berasa sangat selesa di Itali dan Sepanyol.

“Dia tidak pernah bermain di Jerman, jadi mungkin juga itu satu pilihan.

“Kemudian dia telah bermain di empat liga teratas. ”

Mustafi, dua hari lalu telah memuat naik status pada laman instagramnya memohon maaf kepada peminat dan penyokong, termasuklah kepada David Luiz mengenai kesilapannya ketika bertemu Chelsea.

“Saya benar-benar gembira dan berbangga mempunyai satu pasukan hebat yang berjuang dengan saya sepanjang 90 minit, selepas kesilapan saya yang bukan sahaja menyebabkan gol pertama, tetapi juga menghantar @ davidluiz_4 (Maaf, David!) keluar dari padang,” tulisnya.

“Kami tidak pernah berputus asa, kami berjuang dengan semangat dan berdiri bersama-sama! Terima kasih #Gunners.”

About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment