Kecederaan Chambers paksa Arsenal lakukan pembelian baharu.

Kecederaan lutut yang dihadapi Calum Chambers memaksa Arsenal aktif dalam pasaran perpindahan.

Perkara ini di akui Ketua Jurulatih, Mikel Arteta sebagaimana didedahkan pada laman rasmi Arsenal.

“[Chambers] berada di London, menjalani pembedahan … Ia tidak kelihatan baik,” kata ketua jurulatih Arsenal.

Kami akan meninjau pilihan [pemain] yang mampu mengukuhkan pasukan pada jendela perpindahan ini.

Itu sudah pasti, kerana ia kewajipan kami. Kami akan berusaha untuk melakukannya.” ulas Arteta mengenai usaha yang akan dilakukan bagi mengukuhkan pasukan pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Tanggungjawab saya adalah memberi pendapat mengenai perkara-perkara yang boleh kita perbaiki lagi.

Sudah tentu, kami mengalami kecederaan teruk seperti yang dihadapi oleh Calum.

Itu sudah tentu akan mengganggu rancangan kami di bahagian pertahanan, tetapi realitinya pada masa ini adalah kami tidak mampu untuk melakukan banyak perkara.

Saya lebih prihatin pada masa ini untuk mendapatkan pemain kembali cergas dari kecederaan berbanding pembelian baharu.

Saya cuba mempertingkatkan kualiti pemain yang ada di sini, kumpulkan semua pemain dan memahami apa yang cuba kami lakukan.

Jika ada sesuatu yang lebih baik dan kami fikir ia adalah peluang yang tepat, mari kita lakukannya.”

Calum Chambers dilaporkan telah menjalani pembedahan pada kecederaan lutut yang dihadapinya ketika menentang Chelsea dan dilaporkan akan berehat panjang, antara enam ke sembilan bulan.

Pemain pertahanan itu difahamkan telah mengalami kerosakkan / kecederaan pada ligamen anterior cruciatenya (anterior cruciate ligament – acl).

Arteta tidak dapat memberikan tarikh dan masa untuk pemain berusia 24 tahun itu kembali beraksi dan itu mendorong Arsenal untuk menjenguk ke dalam pasaran perpindahan Januari bagi mencari pengganti.

Dayot Upamecano (kiri) dikatakan menjadi sasaran utama Arsenal pada jendela perpindahan Januari.

The Gunners telah dikaitkan dengan langkah untuk mendapatkan Dayot Upamecano, bagaimanapun RB Leipzig dikatakan menuntut £80 juta untuk bek tengah itu.

Satu jumlah yang besar buat Arsenal selepas berbelanja mewah pada jendela perpindahan pertama dahulu.

Dalam pada itu, Arsenal tidak beraksi sehingga Isnin depan dan peluang ini digunakan sebaiknya dalam memulihkan kembali kecergasaan para pemain.

Pada masa ini kami berdepan dengan banyak kecederaan, kami tidak dapat menggunakan pemain (rotation) dengan banyak.

Kami terselamat, saya agak risau [melawan United], kami dapat mendedahkan beberapa pemain dan mendapatkan kecederaan, ” kata Arteta.

Kami melalui perlawanan dan kami menderita dengan kecederaan tetapi saya fikir semua pasukan dalam Liga Perdana pada masa ini berada dalam situasi yang sama.

Kami menghadapinya, kami mengalami kesulitan bersama dan sekarang kami mempunyai beberapa hari untuk pulih.

The Gunners akan menjadi tuan rumah kepada Leeds United di pusingan ketiga Piala FA yang akan dilangsungkan pada Selasa depan (waktu Malaysia, 4 pagi).

Perlawanan seterusnya Arsenal adalah saingan Piala FA.

Dengan ketiadaan banyak pilihan untuk melakukan penggiliran pemain (rotation), mampukah Arteta membawa Arsenal ke peringkat seterusnya bagi saingan Piala FA menggunakan pemain muda?

Tiga hari selepas itu (11 Januari, 8.30 malam), Arsenal akan berkunjung ke Selhurst Park menentang Crystal Palace bagi saingan liga.

Kedudukan liga Arsenal dan Crystal Palace.
About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment