Lagenda Jerman, Hans Tilkowski meninggal dunia.

Penjaga Gol Lagenda Jerman, Hans Tilkowski meninggal dunia.

Bekas penjaga gol Jerman Barat, Hans Tilkowski, yang beraksi pada final Piala Dunia 1966 menentang England, meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Pengesahan itu dibuat keluarganya kepada media Jerman, hari ini.

Pada perlawanan final Piala Dunia 1966 menyaksikan England muncul juara setelah menewaskan Jerman Barat 4-2 dan jaringan yang dibuat oleh pemain England, Geoff Hurst mencetuskan kontroversi.

Hero England pada Piala Dunia 1966, Sir Geoff Hurst.

Gol aksi final itu menjadi paling kontroversi dalam sejarah bolasepak Piala Dunia apabila bola sepakan Hurst terkena palang dan mencecah garisan gol sebelum ditanduk keluar.

Piala Dunia 1966 – Gol Kontroversi Geoff Hurst dalam image berwarna.

Bagaimanapun, cubaan itu disahkan gol oleh pengadil perlawanan yang mendapati bola melepasi garisan gol sekali gus menyaksikan England, menang 4-2, selepas masa tambahan.

Gambar hitam putih ketika jaringan kontroversi, Geoff Hurst pada Piala Dunia 1966.

Tilkowski, yang menjadi penjaga gawang simpanan pada Piala Dunia 1962 di Chile, pernah beraksi untuk kelab Bundesliga antara 1952 hingga 1970 bersama Westfalia Herne, Borussia Dortmund dan Eintracht Frankfurt.

Hans Tilkowski

Saya sedih terima panggilan yang memaklumkan bahawa Hans Tilkowski sudah meninggal dunia,” tulis Hurst menerusi Twitter.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment