Lampard akui Ozil berikan dia dan Chelsea masalah.

Frank Lampard jelaskan bagaimana Mesut Ozil berikan masalah kepada Chelsea ketika menentang Arsenal

Pengendali Chelsea itu mengatakan pasukannya bergelut untuk mengawal pergerakan dan kedudukan pemain Arsenal, Mesut Ozil dan kecewa dengan bagaimana pasukannya bermain menentang 10 pemain.

Ozil memberikan masalah kepada Chelsea menurut Lampard.

Chelsea dilihat mengawal perlawanan di Stamford Bridge setelah David Luiz dibuang padang ekoran melakukan terjahan dan menjatuhkan Tammy Abraham yang seterusnya memberikan pasukan tuan rumah sepakan penalti.

Dan Jorginho menyempurnakan peluang tersebut untuk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-28.

Statistik separuh masa kedua perlawanan.

Namun disebalik penguasaan Chelsea pada perlawanan tersebut, Arsenal terlebih dahulu dilihat lebih menguasai perlawanan dengan Mikel Arteta melakukan pertukaran pada barisan pertahanan tengah bagi menghadapi perlawanan itu.

Statistik separuh masa pertama.

Arteta menggandingkan Mustafi dan Luiz pada perlawanan tersebut setelah Sokratis dilaporkan masih lagi belum sembuh dari masalah kesihatannya.

Sebelum itu, Arteta turut menggandingkan Mustafi dan Luiz pada perlawanan menentang Sheffield United.

Formasi dan kesebelasan utama Arsenal dan Chelsea.

Lampard jelas tidak berpuas hati dengan bagaimana Chelsea beraksi menentang Arsenal setelah pasukan pelawat hanya beraksi 10 pemain, terutamanya bagaimana mereka berurusan dengan Ozil.

Ditanya mengapa pasukannya bergelut untuk mengawal permainan walaupun mempunyai kelebihan, Lampard menjelaskan:

“Saya fikir dalam 15 minit pada babak pertama ia mungkin kerana kita masih lagi dengan mindset yang mana Arsenal beraksi dengan 11 pemain.

“Dan Ozil melangkah ke tepi dan memberikan anda beberapa masalah, dan saya fikir kami akhirnya banyak menggunakan ruang tengah.

Heat Map Ozil ketika menentang Chelsea

“Jadi saya gembira untuk separuh masa dan kami dapat melakukannya.”

Dalam wawancara lain dengan BT Sport, Lampard turut berkata dan menambah:

“Saya fikir kami menghadapi sedikit masalah di mana Ozil keluar ke tepi dan kami sememangnya gagal dalam berurusan dengan mereka ketika mereka masih dengan 11 pemain.

“Namun kami sedikit berbeza ketika berdepan mereka, dengan 10 pemain, kami lebih agresif.”

Lampard meneruskan: “Kemudian saya fikir babak kedua adalah apa yang berlaku, kami mempunyai banyak bola, kami berada di separuh [kawasan] mereka paling lama, mereka mempunyai beberapa breakaways yang boleh berlaku.

“Kadang-kala tanggapan apabila mereka dengan 10 pemain adalah salah, anda perlu terus mendesak dan menekan serta perlu positif untuk memastikan mereka tidak terlepas.

“Dan mereka mempunyai beberapa saat dan mereka berjuang untuk itu dan itulah yang harus dilakukan di derby London.

“‘Jadi inisiatif kami adalah sangat kejam untuk melakukan perkara yang betul, untuk menggerakkan bola dengan cepat, untuk mengambil peluang anda ketika mula menyerang.

“Saya fikir kita bergerak dengan pantas pada masa itu tetapi kami tidak menyempurnakan peluang yang ada apabila kami memilikinya.”

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment