Layvin Kurzawa sertai Arsenal musim depan.

Difahamkan pertahanan kiri Perancis dan PSG bersetuju dengan perjanjian lima tahun untuk menyertai Arsenal.

Dengan kecederaan yang dialami Calum Chambers dan Kieran Tierney untuk tempoh jangka panjang, Mikel Arteta terpaksa memikirkan cara terbaik dalam menguatkan lagi barisan pertahanan pasukan.

Malah Sead Kolasinac juga telah mengalami kecederaan yang menyebabkan Bukayo Saka terpaksa digunakan sebagai penyelesaian sementara pada posisi pertahanan kiri.

Dan perkembangan itu membawa khabar angin yang kuat dimana Arsenal akan menandatangani pemain baharu pada jendela perpindahan Januari.

Satu nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal baru-baru ini adalah full-back Paris Saint-Germain, Layvin Kurzawa.

Pemain berusia 27 tahun itu bakal menamatkan kontraknya bersama gergasi Perancis pada akhir musim ini, yang bermaksud bahawa dia boleh menerima tawaran dari mana-mana pasukan, termasuklah Arsenal pada bulan ini namun, perlu menunggu enam bulan lagi untuk berpindah.

Kurzawa dikaitkan dengan perpindahan keluar dari PSG pada musim panas dengan beberapa kelab dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Antaranya adalah musuh setempat Arsenal, Tottenham yang turut berminat mendapatkan khimatnya dan The Gunners pula dikatakan berminat pada pemain tersebut pada era Unai Emery masih bertanggungjawab di Emirates.

Dan difahamkan bahawa bekas pengendali Arsenal itu memberikan input-input menarik mengenai pemain tersebut setelah mereka (Emery dan Kurzama) bekerja bersama-sama ketika berada di PSG.

Semenjak itu, Arsenal terus memantau perkembangan Kurzawa.

Menurut RMC, The Gunners telah memulakan perbincangan dan rundingan mengenai perpindahan Kurzawa.

Kontrak pertahanan kiri itu akan berakhir pada akhir musim ini bersama PSG dan Arsenal mungkin mampu mendapatkan Kurzawa secara percuma pada musim panas nanti.

Terdapat laporan mengatakan PSG sedang berunding untuk memperbaharui kontrak Kurzama, namun ianya dikatakan gagal mencapai kesepakatan.

Sebaliknya, pemain berusia 27 tahun itu, baru-baru ini dikaitkan dengan pertukaran ejen, Kia Joorabchian, ejen yang mempunyai hubungan rapat dengan Arsenal dan khususnya Edu Gaspar.

Joorabchian dikatakan memainkan peranan besar dalam melengkapkan perpindahan David Luiz yang dilakukan pada musim panas untuk Arsenal.

The Gunners dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Kurzawa perjanjian selama lima tahun dengan Mikel Arteta turut bersetuju dengan tindakan tersebut.

Dan dakwaan itu turut diperkukuhkan lagi dengan laporan daripada France Football, yang mendakwa bahawa Kurzawa telah bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama Arsenal yang akan menyaksikan dia tiba di Emirates sebagai perpindahan percuma pada musim panas nanti.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment