Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Lazio dihukum denda bayaran €20,000 kerana penyokong mereka mencaci Mario Balotelli

Published

on

Penyerang Itali dan Brescia tersebut telah dicaci perkauman oleh para penyokong Lazio ketika kedua-dua pasukan beraksi pada Ahad lepas.

Permainan telah dihentikan buat sementara waktu apabila penyokong Lazio mula bersorak perkauman. Pengumuman stadium juga telah dilaungkan ketika perlawanan berlangsung namun tidak diendahkan mereka.

Balotelli memberitahu pengadil perlawanan bahawa dia telah dicemuh secara perkauman oleh penyokong pasukan pelawat di Stadio Mario Rigamonti.

Advertisement

Penyerang antarabangsa Itali tersebut memberikan pasukannya gol pendahuluan pada minit ke-18 sebelum bercakap lalu mengadu kepada pengadil perlawanan mengenai isu tersebut setelah hampir 30 minit perlawanan berlangsung.

Rakan senegaranya di Lazio, Ciro Immobile menjaringkan gol penyamaan tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, sebelum menjaringkan gol kemenangan pasukan pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Fakta menarik: Mario Balotelli merupakan pemain yang menjaringkan gol pertama Serie A pada dekad ke-20 ini.

Dia juga menjaringkan gol pertama Serie A pada dekad ke-10 (2010 – 2019) yang lalu, menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 Inter Milan ke atas Chievo Verona pada 6 Januari 2010.

Advertisement

Tribunal disiplin Serie A telah menyatakan di dalam satu kenyataan bahawa siasatan lanjut telah dilakukan bagi mengenalpasti lokasi paling tepat di mana sorakan tersebut dilaungkan, dan telah meminta bantuan Lazio untuk membantu pihak polis bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab.

Balotelli telah menggunakan sosial media untuk mengkritik peminat Lazio selepas perlawanan tersebut:

Is a loss that hurt but we will come back stronger and we are on the right way!

Lazio fans that were today at the stadium SHAME ON YOU! #saynotoracism“.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply