Lille sedia lepaskan pemain mereka dengan Arsenal antara berminat.

Boubakary Soumaré

Mohamed Bouhafsi dari RMC Sport memberikan maklumat terkini mengenai masa depan pemain tengah Lille, Boubakary Soumaré.

Dia mendakwa Lille sangat terbuka untuk menjual pemain muda Perancis itu bulan ini dan mengulangi laporannya dari musim panas lalu bahawa Wolves membuat tawaran bernilai lebih dari € 40 juta ketika itu.

Sekarang, pada bulan Januari, dia mendakwa bahawa Arsenal, Manchester United, Chelsea, Atletico Madrid dan Real Madrid semuanya berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Eurosport menambah Tottenham Hotspur juga termasuk dalam senarai itu sebagai kelab yang mahu menandatangani pemain tersebut bulan ini.

Soumaré perlu membuat keputusan segera kerana permintaan terhadapnya begitu tinggi dan tawaran lisan dikatakan berada sekitar € 50 juta.

Boubakary Soumaré, 20 tahun merupakan bekas rakan sepasukan Pepe di Lille.

Bagaimanpun pemain itu dikatakan mahu kekal di Lille sehingga akhir musim ini, kecuali jika dia terpaksa meninggalkan kelab itu, yang mungkin berlaku sekiranya pihak pengurusan kelab memutuskan untuk melepaskannya.

Lille pula mahukan keputusan mengenai perkara ini diputuskan dengan segera kerana ianya juga berkait dengan satu lagi potensi perpindahan bahagian tengah mereka, dengan pemain tengah Brazil, Thiago Maia, yang memiliki tawaran dari Flamengo dan sebuah kelab dari Turki.

Thiago Maia, pemain tengah Lille berusia 22 tahun kelahiran Brazil mendapat perhatian kelab Turki dan Flamengo.

Laporan Bleacher juga memberi bayangan dimana minat Arsenal pada pemain itu minggu lalu.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment