Liverpool bakal atasi rekod Arsenal.

Sesuatu yang ditakuti dan tidak digemari peminat dan penyokong Arsenal ketika ini.

Jika melihat kepada kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris, adalah mustahil untuk tidak menyaksikan Liverpool menjuarai saingan kali ini.

Namun ianya bukanlah mengenai kerisauan terhadap Liverpool muncul juara buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris, ia adalah mengenai rekod menjuarai liga tanpa kalah – Invincibles yang menjadi milik Arsenal selama ini.

Liverpool kini berada dikedudukan terbaik dan hanya 16 perlawanan sahaja lagi untuk diharungi sebelum muncul juara liga Invincibles baharu dan akan menyamai rekod Arsenal yang melalui semusim penuh tanpa mengalami sebarang kekalahan.

Kejayaan menewaskan Manchetser United, 2-0 mengukuhkan lagi kedudukan The Reds apabila memimpin liga dengan 16 mata didepan, mengatasi pencabar kedua terkuat, Manchester City (48 mata) ditangga kedua liga.

Kejayaan menjuarai liga untuk kali pertama Liverpool dalam tempoh 30 tahun tidak akan menjadi satu-satunya kerisauan peminat dan penyokong Arsenal musim ini.

Malah rekod terpanjang tanpa kalah- 49 perlawanan juga bakal dipadamkan sekiranya Liverpool mengharungi musim ini tanpa kalah.

Selepas mengalahkan United, The Reds kini telah mempunyai rekod tanpa kalah dalam saingan liga, sebanyak 39 perlawanan, satu rekod bermula daripada Januari 2019 dengan 22 perlawanan tanpa kalah dicatatkan musim ini.

Mereka kini hanya memerlukan 10 perlawanan sahaja lagi untuk menyamai rekod yang dicipta Arsenal Invincibles, mengharunig 49 perlawanan tanpa mengalami sebarang kekalahan dalam saingan tertinggi Liga Inggeris.

Selepas hampir 15 tahun rekod yang diciptakan Arsenal pada 2003/04 dilihat bagaikan mustahil untuk diatasi mahupun disamai oleh mana-mana pasukan, kini ianya bagaikan mampu diatasi Liverpool musim ini.

Liverpool telah membuktikan bahawa mereka boleh menjadi pasukan yang mampu menandingi The Gunners musim ini dan kita selaku peminat Arsenal sudah pasti gusar dan bimbang mengenai rekod yang paling berharga akan ‘dihapuskan’ dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Pun begitu, masih terdapat sedikit harapan untuk kita semua berharap agar Liverpool gagal memadamkan ataupun mencipta rekod baharu, antara sekarang hingga ke akhir musim ini.

Ini termasuk ujian getir Liverpool bertemu Wolves di Molineux pada hari Jumaat ini, serta mereka juga perlu menghadapi saingan Merseyside, Everton di Goodison Park pada Mac nanti dan pencabar terdekat saingan liga, yang menduduki tangga kedua liga, Manchester City di Stadium Etihad.

Malah mereka (Liverpool) juga terpaksa berdepan Chelsea dilaman sendiri sebelum penghujung musim dan sebelum itu, peluang terbaik adalah dengan Arsenal sendiri menggagalkan usaha tersebut pada 2 Mei 2020 di Stadium Emirates.

Rekod yang menjadi kebanggaan penyokong dan peminat Arsenal.

Mampukah Liverpool mengatasi rekod yang menjadi kebanggaan kita semua selaku peminat dan penyokong Arsenal?

Berikut adalah saingan/ lawan yang akan dihadapi Liverpool.
  • Wolves (A) – 24 Januari
  • West Ham (A) – 30 Januari
  • Southampton (H) – 1 Februari
  • Norwich City (A) – 1 Februari
  • West Ham (H) – 25 Februari
  • Watford (A) – 1 Mac
  • Bournemouth (H) – 7 Mac
  • Everton (A) – 14 Mac
  • Crystal Palace (H) – 21 Mac
  • Man City (A) – 4 April
  • Aston Villa (H) – 11hb April
  • Brighton (A) – 18hb April
  • Burnley (H) – 25hb April
  • Arsenal (A) – 2 Mei
  • Chelsea (H) – 9 Mei
  • Newcastle United (A) – 17 Mei
About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment